Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    ‘Najib tak mahu saya campur tangan isu 1MDB’

    KUALA LUMPUR, 7 JUN – “Husni, saya tak mahu kamu terlibat dan campur tangan dalam isu 1MDB.”

    Itu kata-kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah ketika bekas Menteri Kewangan Kedua tersebut menasihati beliau mengenai risiko perancangan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam syarikat Petrosaudi International Ltd.

    Ahmad Husni, 70, berkata beliau menyuarakan kerisauan itu pada hujung 2009 sebaik sahaja mengetahui 1MDB membuat pelaburan usaha sama dengan syarikat perkhidmatan dan pengeluaran minyak tersebut daripada pegawai Kementerian Kewangan.

    “Saya pergi berjumpa dengan Datuk Seri Najib di pejabat beliau dan menyatakan kepadanya 1MDB tidak sepatutnya membuat pelaburan usaha sama dengan Petrosaudi kerana syarikat ini masih dalam proses mencari gali minyak… Jadi sekiranya minyak tidak ditemukan, pelaburan tersebut akan hangus.

    “Saya juga beritahu Perdana Menteri yang 1MDB tiada pengalaman dalam bidang tersebut dan ia sepatutnya diserahkan kepada Petronas tetapi memandangkan beliau memberikan respons sebegitu, saya tidak menjawab lagi,” katanya ketika membacakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapi Najib membabitkan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.

    Saksi pendakwaan ke-20 itu turut mengesahkan bahawa pertemuan tersebut hanya berlaku antara mereka berdua dan sejak itu, beliau langsung tidak dilibatkan dalam sebarang keputusan atau dimaklumkan mengenai pelaburan 1MDB. – Bernama

    Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kelmarin, bagi sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...