WUHAN, China, 26 Sept – Johanna Konta tersingkir keluar dari Terbuka Wuhan semalam, menyertai beberapa pemain pilihan melibatkan finalis Terbuka AS, Sloane Stephens dan Madison Keys selepas keadaan yang mengejutkan bagi permulaan pertandingan China itu.
Konta, yang menerima ‘bye’ sebagai pemain pilihan kelima, gagal untuk berada dalam papan mata menentang Ashleigh Barty dari Australia pada set pertama tetapi dilihat untuk melakukan kebangkitan apabila dia mendahului kedudukan 3-1 pada set ketiga.
Warga Britain berusia 26 tahun itu, yang tersingkir pada pusingan pertama di Flushing Meadows, melakukan servis bagi perlawanan itu tetapi tewas 6-0, 4-6, 7-6 kepada Barty, ranking 37 dunia.
Konta juga disertai oleh juara bertahan, Petra Kvitova dalam penyingkiran lebih awal, dengan pemain pilihan ke-11 Czech tewas kepada Shuai Peng dari China 7-6, 6-7, 7-6 selepas persaingan epik tiga set dalam masa tiga setengah jam.
Pada sidang akhbar selepas perlawanan, Konta berkata dia “bekerja keras dan memberikan persaingan.

“Jelas saya tidak bermula dengan lebih baik jadi saya terpaksa bekerja keras.”
“Saya tidak bernasib baik untuk tidak mara tetapi saya rasa ia juga sebahagian daripada sukan, anda tidak akan berjaya sepanjang masa,” tambahnya.
Kvitova, yang berharap bagi kemenangan ketiganya di Wuhan, berkata dia tidak biasa untuk beraksi dalam perlawanan lama seperti itu.
“Saya mengalami kekejangan pada akhir perlawanan, jadi ia adalah cabaran bagi saya dan saya berbangga dengan diri saya, saya mampu untuk bersaing,” tambahnya.
Beberapa jam lebih awal, pemenang Terbuka AS, Stephens mengalami kekalahan mengejut di tangan Wang Qiang dari China pada pusingan pertama.
Ia hadir selepas finalis Flushing Meadows, Madison Keys tersingkir keluar. – AFP