Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Namaku Mutiara

    NAMAKU Mutiara. Cahaya Mutiara. Pelikkan? Bahasa Malaysia sangat. Bukan arab mahupun inggeris. Seluruh keluarga aku panggil aku Tiara. Kawan-kawan dan orang bukan ahli keluarga aku panggil aku, Mutia. Aku anak kedua dari tiga beradik dan semuanya perempuan. Antara kami tiga beradik hanya aku yang tidak berkahwin lagi. Kenapa? Aku tiada jawapan untuk itu tapi kalau tanya mak, kakak dan adik aku pasti mereka akan cakap aku penakut dan pemalu dengan lelaki.

    Tidak. Aku tak takut pada insan yang bernama lelaki tapi hati aku tidak pernah senang dengan kehadiran mereka kecuali abi aku. Bagi aku mereka seperti makhluk asing dalam hidup aku. Kehadiran mereka di sekeliling aku akan buat aku jadi macam cacing kepanasan. Senang cerita tak senang hiduplah. Aku sangat alergik dengan mereka. “Tiara!” Aduh! Kuss semangat aku. Kalau mak aku menjerit, alamatnya satu taman boleh dengar. “Tiara!”

    “Ya buah hati pengarang jatungku!” Sahut aku sambil berlari anak ke dapur. “Kenapa mak? Nasib baik Tiara tak pekak lagi tau.”

    “Kamu dah buat apa yang mak suruh kamu buat?” Pantas aku angguk. “Beres bos. Jemur kain, sapu rumah semua dah selesai. Ini Tiara lah,” balasku dalam nada berbangga diri. Hidungku terhidu bau masakan mak yang sungguh menyelerakan. Pantas tangan aku yang gatal ini terus mencuitnya. “Ouch! Ala mak, sikit je.”

    “Jangan nak mengada. Tunggu kakak dan adik balik dulu. Gula mana gula?”

    “Gula? Gula-gula ke gula getah mak?” Lantas mak memandang aku dengan pandangan agak terkejut. “Jangan cakap kamu tak beli lagi gula yang mak suruh? Alamatnya minum air kosong jelah kita nanti.” Aku menepuk dahi. “Alamak mak! Tiara lupa.”

    Terdengar suara gelakkan menghampiri kami. Suara itu aku sangat kenal. Siapa lagi kalau bukan kakak dan adik aku serta suami mereka. Kenapalah mereka tiba di saat aku memalukan diri sendiri. “Kau ni Tiara, mesti berangan je dari tadi,” seloroh Mentari, kakakku. “Mak, mak kahwinkan je budak ini. Takkan sampai ke tua duduk bawah ketiak mak dan abi saja. Nak cakap tak cukup pakej, Ari rasa dah terlebih pakej pun ada. Kan dik?”

    Aku mencebik. Sudah lali dengan kata-kata itu. Bintang angkat kedua tangannya sambil menggeleng. “Adik tak nak masuk campur. Kalau kak Ari dan Kak Tiara bergaduh lagi, adik dah tak nak damaikan.” Kali ini Mentari pula yang mencebik. “Betul lah apa yang Kak Ari cakap. Mak, mak kahwin kan je si Tiara ni. Tiara, kalau kau tak ada calon, kak Ari boleh suruh abang Im carikan.”

    Mak menggeleng dan tangannya ligat menghidangkan lauk pauk yang sudah dimasaknya tadi. “Dah nak berbuih mulut mak ni suruh dia kahwin tapi macamlah kamu tak kenal adik kamu yang sorang ni. Mungkin dia tunggu hero anime dia keluar kot baru dia buka hati dia.” Haish kakak aku ini kalau dia balik rumah tak boleh ke tak sebut pasal kahwin. Kahwin. Kahwin. Kahwin. Naik bosan aku. Memang satu kesalahan besar ke kalau seorang perempuan itu lambat kahwin? Dah tak ada jodoh nak buat macam mana.

    “Tiara tak tunggu hero anime Tiara keluar pun, mak. Tiara tunggu seorang lelaki yang boleh buat Tiara gapai awan kat atas sana itu.” Aku menjawab selamba. “Kalau dia boleh buat Tiara gapai awan itu, Tiara akan terus jawab ‘yes’ bila dia lamar Tiara. Dan kalau dia tak lamar Tiara pun, Tiara akan buat dia lamar Tiara.” Mak terus menarik kulit aku di bahagian perut sambil memusing-musingnya. “Aaa… aaa sakitlah mak.”

    “Hah tunggulah laki macam itu. Sampai bila-bila pun tak akan wujud. Kamu ingat manusia ini bersayap ke? Tiara-Tiara. Suka hati kamulah. Asal jangan jadi andartu sudah.”

    Ilyya memanggil makhluk asing itu dengan nama Rafi. Gaya dia menegurnya macam sudah berkurun lama mereka berkenalan. Satu masalah Ilyya, dia memang suka angkut keturunan dia yang ramai lelaki tu kalau nak jumpa aku. Macamlah dia tak tahu aku ini macam mana. Yang si Rafi ni keturunan dia dari ceruk mana pula? “Belum lagi. Aku just tegur dia macam tu je tadi,” balas Rafi bersahaja. Ilyya terus menarik tangan aku menggunakan tangan kanannya dan tangan Rafi dengan tangan kirinya. Dia memeluk tangan kami erat. “Okay Mutia, ni Rafi abang aku yang aku cerita semalam dan Rafi, ni Mutia kawan Ilyya yang Ilyya selalu cerita dalam phone.”

    “Nama bahasa Malaysia tu ke? Cahaya Mutiara?”

    Amboi sesedap mee segera saja dia kutuk nama aku. “Salah ke nama bahasa Malaysia?”

    “Tak. Aku tak cakap salah pun. Aku cuma nak pastikan je.” Aku menjeling tajam. Jawapan dia memang yang jenis menyakitkan hati. “Kenapalah kau suka bawak makhluk asing bila nak jumpa aku? Kau tahukan aku tak suka. Abang-abang kau atau adik-adik kau yang sebelum ni aku boleh terima lagi tapi yang ni aku rasa nak cekik dia hidup-hidup,” bisikku ke telinga Ilyya.

    Seperti biasa Ilyya sengih. “Kau tahukan mak ayah aku macam mana. Mana boleh aku keluar sorang-sorang dalam keadaan tak dapat melihat dunia ni. Rafi ni okaylah, kau jangan risau.”

    “Okay bagi kau tapi tak okay bagi aku. Dah lah aku cakap kat phone jelah nanti.” Aku mula melepaskan tangan dari Ilyya. “Beria kau ajak aku keluar, alih-alih kau pergi macam tu je. Eh Mutia! Tunggulah!” aku terus melangkah pergi dan hanya membalas panggilan Ilyya dengan menepuk bahu Ilyya dua kali sebagai ucapan selamat tinggal. Ahh! tak betah aku bila ada insan lain antara aku dan Ilyya. Nak kongsi masalah peribadi pun jadi terbantut macam tu.

    Lama Ilyya berdiam dan sibuk memikirkan sesuatu difikirannya. “Ilyya kau masih ada kan?”

    “Ada. Kau Phd kat mana?”

    “UK,” tiba-tiba Ilyya menjerit keriangan seolah aku bagitahu dia satu berita yang sangat gembira. Walhal sebaliknya. “Kau ingat tak yang aku pernah bagi tahu kau? Salah satu abang aku belajar sana dan lepas habis saja belajar dia kerja dekat sana. Sekarang abang aku yang tu masih bujang lagi, apa kata aku suruh mama aku masuk meminang kau untuk dia. Lagipun dia memang suruh mama aku carikan calon untuk dia dan kau pun dah biasa sangat dengan mama aku. Wow macam cantik je pelan aku ni!”

    Terkedu aku beberapa saat. Boleh pula si Ilyya ni nak jodohkan aku dengan abang dia. Abang dia yang mana satu pula ni? Bukan semua abang dia dah kahwin ke? “Ilyya sayang, aku tak nak jadi isteri nombor dualah.” Ilyya tergelak mendengar jawapan aku. “Mutia sayang, abang aku yang ini tak kahwin lagi.”

    “Siapa?”

    “Nama dia Ahmad Ar-Rafi, makhluk asing yang aku bawak petang tadi. Okaylah, kira kau setujukan? Esok atau lusa keluarga aku sampai rumah kau. Aku gerenti mak dan abi kau akan setuju. Kau jangan risau, semuanya akan aku bereskan untuk kau. Yang pasti akhir bulan depan kau akan berangkat ke UK dengan dia,” bagaikan mesin gun saja Ilyya menuturkan kata-katanya. “Mutia, aku letak dulu tau. Tak sabar nak bagitahu mama aku.” “Eh.. eh Ilyya! Ilyya!” Gila! Itu sahaja yang mampu keluar dari otak aku sekarang ini. Kalau Ilyya dah cakap, dia takkan tarik balik dan takkan main-main. Sekali lagi aku cuba menelefon Ilyya tetapi Ilyya tidak mengangkatnya. Ah! Ini mesti dia tengah cerita dengan mama dia lah ni.

    Seperti yang aku sangka. Ilyya memang tak pernah tarik balik kata-katanya dan tak akan main-main dengan apa yang telah dia tekadkan. Rombongan meminang keluarga Ilyya tak datang esok lepas Ilyya bagi tahu aku tapi lusa. Mereka datang siap dengan cincin tunang lagi. Serius aku katakan, aku tak nak tapi mak dan abi aku sudahpun jatuh kasih pada Rafi bila tahu Rafi ialah abang Ilyya. Muka ceria Ilyya dan mamanya pun melemahkan aku masa itu. Aku memang tak sanggup cakap ‘tak’ pada mereka. Dan disebabkan itu, hari ini aku berada di dalam tandas bilik air aku di hari pernikahan aku dan Rafi.

    Selepas sahaja hari meminang dan merangkap hari bertunang aku, mereka telah berbincang untuk satukan aku dan Rafi dua hari sebelum aku berangkat ke UK. Semasa mereka sibuk menguruskan majlis aku, aku pula sibuk menguruskan hal aku untuk sambung ke sana. Pejam celik pejam celik hari itu tiba. Dan hari itu adalah hari ini. Hari pernikahan aku dan Rafi. “Kak Tiara tak nak keluar lagi ke kak Ari?” Aku dengar suara Bintang bertanya. “Kak Tiara, keluarlah. Nanti mak tahu, kesian mak. Dari tadi mak dok tanya kak Tiara bila nak turun. Kak Ilyya dan keluarga pun dah tunggu kat bawah. Takkan kak Tiara nak malukan keluarga kita dan keluarga kak Ilyya pulak? Keluarlah kak,” Bintang cuba memujuk aku.

    Aku tarik nafas sedalam dalamnya. Demi keluarga kedua-dua pihak, aku kena kuat. Aku kena teruskan juga. Aku buka pintu tandas. “Kak Ari, adik. Tiara takutlah. Betul ke tindakkan Tiara ni?” Bintang peluk aku dan kak Ari usap belakang aku. “Mulakan dengan Bismillah, In sha Allah semua baik-baik sahaja.” Selepas majlis itu, dia pulang ke rumah keluarganya dan aku tinggal di sini, rumah keluarga aku. Sebab lusa kami akan berangkat ke UK. Sepanjang majlis, aku cuba untuk buang riak wajah takut aku dan dia seolah tahu aku tidak selesa dengannya. Aku ingatkan dia akan bagi aku ruang tapi dia asyik tenung aku macam laser. Siap bisik ke telinga aku lagi ‘saya dengar ada orang menyorok dalam tandas tadi’, ah! Siap dengan senyuman tahap pencair hati lagi. Nasib baik aku tengah pegang sudu untuk suap ke mulutnya. Memang aku sumbat je terus.

    Nak cakap aku kurang ketinggian, tinggi aku 162cm. Dah sah-sah aku sampai nak letak beg kat atas. Tapi dia tetap ambil beg laptop aku dan letakkan. Aku angguk dan senyum jelah. Kemudian aku duduk di seat aku di hujung tingkap. Beberapa saat lepas itu dia duduk di sebelah aku. Dengan ekor mata aku, aku dapat lihat dia menundukkan kepalanya untuk membetulkan tali kasutnya yang terbuka. Mungkin sebab dia terpijak sendiri atau ada orang lain yang pijak, ataupun talinya longgar. Sebaik sahaja dia angkat mukanya dia tersenyum ke arah aku. “Kalau nak tengok saya, tengok jelah. Tak dosa pun, dapat pahala adalah.”

    Aku dapat rasakan muka aku mula membahang kepanasan. Mesti merah menyala. “Betul cakap Ilyya, awak memang susah nak cakap dengan lelaki. Err sampai bila awak boleh bertahan ya? Yalah, setahu saya Ilyya cakap mulut awak ni boleh tahan becoknya,” Rafi cuba mengumpan aku untuk bercakap. “Cik awan?” Dia panggil aku dan memegang tangan kananku. “Merahnya pipi, banyak sangat awak letak pemerah pipi ni.” Aku dah tak tahan. Jantung ni rasa macam nak meletup sahaja. Kapal terbang baru je terbang tapi aku rasa nak terjun sekarang. “Cik awan?” Dia masih memanggil aku dengan senyuman nakal yang cukup manis, kalah gula-gula kapas.

    Lantas aku ambil bantal flight yang berada di belakang aku dan menutup mukaku dengan bantal tersebut. Aku tutup rapat-rapat kerana aku begitu malu saat ini. Tak pernah ada seorang pun lelaki begitu hampir dengan aku seperti ini.

    Rafi menahan gelak melihat telatah aku. Hatinya sangat tercuit dengan tingkah laku aku. Sudah lama dia sukakan Mutiara sejak Ilyya asyik bercerita tentang sahabat baiknya yang paling memahaminya itu. Tidak sangka orang itu sudah menjadi isterinya sekarang. Rafi tarik perlahan bantal yang menutupi muka aku. Walau aku cuba melawan, dia tetap menariknya. Dia pegang dagu aku supaya aku melihat wajahnya. “Malu ya?” Aku gigit bibir bawah. Lantas aku mengangguk perlahan. “Cik awan masih nak gapai awan?” soalan selalu dia tanyakan pada aku. “Nak lagi?” “Bo.. boleh ke?” akhirnya suara aku keluar.

    Dia tunjuk keluar tingkap yang dihiasi awan putih. “Sebenarnya cik awan dah ada di atas awan,” aku tersenyum mendengar jawapannya. Mata aku masih tetap melihat awan yang berada di kiri aku. Tidak sangka awan yang selalu aku pandang dari bawah, sekarang berada betul-betul di sebelah aku. “Cantik sangat!” Rafi tersenyum. “Tapi ada satu lagi pemandangan yang sangat cantik dekat sini. Cik awan nak tahu?” Aku kerutkan dahi. “Mana?”

    Dia tarik senyuman pencair hati miliknya pada aku. “Sayalah Ahmad Ar-Rafi, suami awak Cahaya Mutiara,” aku tergelak kecil mendengarnya. “Terima kasih sebab terima insan pelik macam saya dalam hidup awak.” Dia geleng. “Tak, awak tak pelik. Nama awak yang agak pelik untuk didengari.” Aku mencebik. “Salah ke nama bahasa Malaysia? Mak dan abi saya nak mudahkan orang supaya tak payah tengok kamus atau cari makna nama saya, sebab dah sah-sah semua orang tahu maknanya.”

    Dia gelak mendengar omelan aku. “Tak. Saya tak cakap salah pun. Saya dah rancang nak bagi nama anak kita nanti Ahmad Awan kalau lelaki dan Cahaya Awan kalau perempuan. Sedapkan? Unik pun unik.”

    “Awak!” Dia hanya tergelak mendengar aku menjerit memanggilnya. Awan pun awanlah. Yang penting hari ini, hari bersejarah aku dan dia. Hari di mana aku mula terima dia dalam hidup aku dan hari di mana aku dan dia mula kenal hati budi masing-masing. Ini kisah aku, kisah penggemar lukisan awan di dada langit. Dan namaku Mutiara. Cahaya Mutiara.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda