Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Namo taruhan pertama Sweet Qismina

    Pelakon Sweet Qismina meluaskan cabang kerjaya dalam bidang nyanyian dengan melancarkan single sulung bertajuk Namo pada Sabtu lalu.

    Sweet Qismina atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, 24, berkata, dia mengharapkan peminat akan memberi sokongan terhadap taruhan baharunya itu memandangkan masih baharu dalam bidang nyanyian.

    “Saya tidak mengharap banyak, cukup dengan tanda sokongan positif dari peminat kerana saya sendiri masih lagi merangkak dalam bidang nyanyian.

    “Tetapi saya sangat teruja dan gembira untuk menerokai ruangan ini dan semoga peminat yang mendengar single Namo akan terhibur dan teruskan menyokong saya sampai bila-bila,” ujarnya.

    Mula menceburi lakonan sejak berumur sembilan tahun, Sweet menjadikan nyanyian sebagai pengalaman baharu terutama apabila mendapat peluang keemasan yang ditawarkan oleh Warner Music.

    “Seakan mimpi dan tidak dijangka, namun saya anggap ini sebagai fasa baharu dan tidak sabar untuk memulakan karier sebagai penyanyi.

    “Saya bermula dari kecil sehingga sekarang dengan mencuba pelbagai cabang seni seperti sebuah pengembaraan menyeronokkan,” ujarnya.

    Lagu hasil ciptaan Mas Dewangga, Jova Devito dan Aden King berentak muzik K-pop itu boleh didengar melalui aplikasi penstriman atas talian seperti Joox, KKBox, Spotify, Deezer, Apple Music dan juga YouTube Music. – Agensi

    Sweet kini menceburi bidang nyanyian selepas muncul dengan single pertama bertajuk Namo. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...