Tuesday, April 23, 2024
25.8 C
Brunei

    -

    Namron Kesal didik anak-anak dengan rotan

    Pengalaman dibesarkan tanpa kehadiran seorang ayah membuatkan pelakon dan pengarah, Namron bimbang sekiranya gagal menjadi ketua keluarga terbaik buat anak-anaknya.

    Namron atau nama sebenarnya Shahili Abdan, berkata, persekitaran itu telah membuatkan dirinya menjadi seorang bapa yang tegas dan garang.

    Katanya, tekanan hidup turut membuatkan dirinya mudah melepaskan amarah pada kepada anak-anak sehingga menjejaskan rumah tangganya.

    “Saya mendidiknya dengan rotan di tangan, menakutkannya. Sejak berusia empat tahun lagi saya sudah mengajarnya bahawa kehidupan ini sukar, dunia ini bukan untuk orang yang lemah.

    “Dia membesar menjadi seorang yang takut untuk mencuba dan tiada keyakinan diri. Saya dapat melihat bagaimana dia cuba melakukan sesuatu untuk saya bangga dengannya walaupun hanya mengada-adakan sesuatu yang tiada,” jelasnya.

    Namron mahu jadi bapa terbaik buat tiga orang anaknya. – Agensi

    Namron berkata demikian sebagai perkongsian dalam Instagram sempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya, Demi Kaseh yang memasuki usia 16 tahun.

    Pada masa sama, Namron juga bercerita tentang perjalanan kehidupan yang berdepan dengan detik sukar selepas membuat keputusan melepaskan jawatan sebagai pensyarah sambilan dan memilih untuk bekerja sendiri.

    Walau bagaimanapun, perkara tersebut berubah selepas beliau memilih untuk mendekatkan diri dengan agama. Lebih memahami tentang kehidupan, Namron berusaha untuk melakukan anjakan dalam diri agar menjadi individu lebih baik.

    “Setelah saya mengenal kehidupan yang hakiki. Mengenal diri sebenar diri, guru sebenar dan melakukan penyerahan sepenuhnya pada Allah Ta’ala, alhamdulilah, saya berubah menjadi seorang bapa yang pengasih dan penyayang.

    “Tiada lagi kekerasan dalam mendidik. Saya mendidiknya dengan kata kata. Mengajarnya erti kehidupan sebenar, mengenal sifat-sifat Allah serta tujuan sebenar kehidupan ini, “ katanya.

    Untuk rekod, Namron berkahwin dengan June Lojong yang juga merupakan seorang aktres pada sekitar 18 tahun lalu dan dikurniakan tiga cahaya mata. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...