Monday, October 3, 2022
23.6 C
Brunei

Nana dan bunga kolaborasi dalam amaran

-

Selepas Ratu Pop Etnik, Noraniza Idris, penyanyi rap, Bunga Isme, 21, pula dipilih Siti Nordiana berkolaborasi menerusi single duet, Amaran.

Mengakui teruja dapat berkolaborasi dengan apabila penyanyi berpengalaman, Bunga tidak pernah menyangka Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menghargai bakatnya sebagai penyanyi baharu.

“Ruang dan peluang ini bagaikan bulan jatuh ke riba. Sejujurnya, saya amat terkejut apabila Kak Nana menyedari bakat hingga membuatkannya terbuka melamar saya berkolaborasi dengannya.

“Kak Nana adalah penyanyi pertama yang mengajak saya berkolaborasi. Selalunya saya yang mengajak penyanyi lain menjalinkan kerjasama.

“Namun, Kak Nana mahukan perubahan pada genre muzik single duet, Amaran. Seperti diketahui, Kak Nana banyak menghasilkan single bergenre balada, sebelum ini.

Bunga (kanan) tidak pernah menyangka Siti Nordiana menghargai bakatnya sebagai penyanyi baharu. – Agensi

“Kami baru sahaja selesai menjayakan penggambaran video muzik Amaran. Jujurnya, saya bangga dapat berkolaborasi dengan penyanyi kesayangan ramai dalam projek istimewa ini,” katanya kepada media.

Bunga atau nama sebenarnya, Noor Ayu Fatini berkata, single duet itu berkisarkan pemerkasaan wanita.

“Disebabkan tema mengangkat wanita, jadi saya teruja mahu menyertainya. Single bergenre hip hop, trap dan electronic dance music (EDM) ini sudah dilancarkan di platform penstriman digital terpilih sejak 26 November lalu.

Bunga turut meluahkan perasaan gembira apabila single duet bersama Noraniza, Intan Payung kini masih menduduki carta Top 20, Muzik-Muzik Ke-36.

Namun, dalam masa sama, Bunga berkata, dia gusar jika single duet Intan Payung bersama Noraniza Idris atau Kak Ani berjaya membolosi pentas berprestij, Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-36.

Namun, jauh di sudut hati, katanya, dia tetap bersyukur dan masih terkejut single duet Intan Payung masih berada dalam carta.

“Ketika single duet ini dihasilkan, saya tidak yakin sebab bimbang pendengar tidak boleh terima suara saya.

“Namun, tekaan saya meleset apabila single duet ini diperdengarkan. Peminat merasakan karya ini lain daripada lain sebab berunsur etnik. – Agensi

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik keempat

SEOUL, 2 OKT – Korea Utara melancarkan dua peluru berpandu balistik kelmarin, menjadikan keseluruhan empat pelancaran minggu ini oleh negara bersenjata nuklear itu. Ujian itu...
- Advertisment -