Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Nana tertekan bawa watak berat

    Biarpun semakin selesa bergelar pelakon, namun, Siti Nordiana, 38, tetap mengutamakan dunia nyanyian yang telah diceburinya hampir dua dekad lalu.

    Tidak dinafikan, Siti Nordiana atau lebih mesra disapa Nana menerima banyak tawaran lakonan selepas drama lakonan seperti Dia Semanis Honey, Cekelat Semanis Honey dan Satukan Rasa menjadi perhatian.

    Walau bagaimanapun, komitmennya dalam bidang nyanyian tidak mampu ditolak ketepi. Malah kini, penampilannya sebagai pelakon tidak kerap seperti dahulu, sekali gus menimbulkan persepsi memilih naskhah.

    “Jika diikutkan, kerjaya utama saya dalam bidang seni adalah penyanyi. Ada masanya, saya akan ambil banyak tawaran lakonan disebabkan tiada single baharu yang mahu dikeluarkan.

    “Jadi, kini kerjaya lakonan saya agak perlahan pula disebabkan saya mempunyai komitmen dengan single baharu.

    Siti Nordiana berkata kerjaya utamanya dalam bidang seni adalah seorang penyanyi dan berlakon adalah satu bonus buatnya. – Agensi

    “Sebenarnya lakonan hanyalah satu bonus buat saya. Dalam setahun, saya hanya boleh menjayakan dua drama sahaja untuk tatapan peminat yang mahu melihat saya di kaca televisyen,” katanya kepada wartawan.

    Penyanyi Wanita Popular dan Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 itu ditemui dalam sidang media drama terbaharu, Selamanya Suri Cinta yang disiarkan sejak 15 Julai lalu.

    Berkongsi drama 20 episod itu, Nana yang menjayakan watak Wanda Nurhayati berkata, agak sukarnya buatnya menjayakan watak wanita tertekan.

    “Wanda berbeza dengan watak yang pernah dilakonkan. Karakternya jauh berbeza dengan saya. Wanda garang, ego, dominan dan tegas. Melakonkan watak Wanda menuntut banyak emosi yang kuat perlu dikeluarkan. Jadi, memang susah mahu menjiwai watak Wanda,” katanya.

    “Selain itu, saya kena menjerit, pukul anak dan sebagainya. Jujurnya, saya pening kepala menjayakan babak berat setiap hari.

    Namun, atas kerjasama dan bantuan barisan pelakon lain, Nana berjaya membawa watak Wanda dengan baik. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...