Nancy MOMOLAND dedah perangai sebenar

Ahli Kumpulan MOMOLAND iaitu Nancy mengakui berasa malu apabila rakan-rakan mengusik mengenai kemunculannya dalam beberapa program variasi ketika zaman kanak-kanak.

Menerusi laporan Soompi, Nancy bagaimanapun bersyukur kerana masih ada lagi peminat yang mengingati dan mengenali dirinya menerusi program tersebut.

Nancy juga memberitahu biarpun ramai orang melihatnya mempunyai perwatakan pendiam dan sombong namun dia sebenarnya seorang yang suka ketawa.

“Saya berasa agak malu dengan zaman kanak-kanak. Tapi disebabkan rakan-rakan saya suka menyakat saya. Sejujurnya saya rasa bersyukur kerana masih ada lagi yang ingat dan kenal saya.

“Sebenarnya saya banyak dengar yang orang kata saya ini nampak seperti pendiam dan sombong. Walaupun realiti, saya suka gelak dan saya tidak banyak personaliti seperti yang diperkatakan,” katanya. – Agensi

Ramai yang sering berkata Nancy seperti seorang yang pendiam dan sombong, tapi pada hakikatnya dia seorang yang suka gelak dan tidak banyak personaliti. – Agensi