Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Nancy Pelosi bakal lepaskan jawatan tertinggi

    WASHINGTON, 18 NOV – Speaker Dewan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi mengumumkan semalam dia bakal melepaskan jawatan sebagai pemimpin tertinggi
    Demokrat di Dewan Perwakilan, lapor Xinhua.

    “Saya tidak menjadi calon untuk pemilihan semula dalam barisan kepimpinan Demokrat untuk Kongres akan datang,” kata Pelosi.

    Pada usia 82 tahun, Pelosi telah dipilih semula tahun ini untuk mewakili Kongres ke-12 California di Dewan di Capitol Hill.

    Media AS meramalkan Republikan akan menguasai Dewan selepas pilihan raya pertengahan penggal 2022.

    Republikan baru-baru ini mencalonkan Ketua Minoriti Kevin McCarthy untuk menjadi Speaker Dewan.

    Masih belum dapat dipastikan siapa bakal mengetuai Demokrat untuk tempoh dua tahun akan datang.

    Kepercayaan orang ramai terhadap Kongres mencecah paras paling rendah dengan hanya tujuh peratus rakyat Amerika menyatakan keyakinan terhadap Kongres, menurut tinjauan terkini Gallup. – Bernama

    Speaker Dewan Perwakilan Nancy Pelosi bercakap di parlimen di Capitol AS, Washington pada 17 November 2022. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...