Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    NanoMalaysia, UIAM jalin kerjasama penyelidikan fitoperlombongan

    RANAU, 5 OKT – Kementerian  Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) melalui NanoMalaysia bersama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menjalankan kerjasama penyelidikan bagi  melaksanakan projek fitoperlombongan di tapak rumah hijau Kampung Monggis di sini.

    Menteri Sains, Teknologi dan Inova-si Datuk Seri Dr Adham Baba berkata projek fitoperlombongan merupakan penghasilan bahan aktif logam daripada tumbuhan biojisim tinggi dan dijalankan di bawah Program Inisiatif Teknologi Penyimpanan Tenaga NanoMalaysia (NESTI).

    Beliau berkata fitoperlombongan itu akan menggunakan tumbuhan asli tempatan iaitu Phyllanthus Rufu-schaneyi dan Rinorea Bengalensis, yang akan menghasilkan nikel serta kobalt yang merupakan bahan aktif bateri jenis litiumion.

    “Hasil penyelidikan, fitoperlombongan ini dapat memulihara bekalan terhad bahan aktif bateri litium, selain dilihat bakal mengurangkan aktiviti perlombongan konvensional bahan-bahan aktif untuk menghasilkan bateri litium-ion baharu.

    “Projek fitoperlombongan ini melibatkan kelestarian bateri sekali gus menerajui pembangunan teknologi bateri mampan sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara berteknologi tinggi menjelang 2030,” katanya kepada pemberita selepas melawat fitoperlombongan di Nickel Garden, Kampung Monggis di sini hari ini. – Bernama

    Datuk Seri Dr Adham Baba menunjukkan
    daun tumbuhan asli tempatan iaitu Phyllan-thus Rufuschaneyi dan Rinorea Bengalensis yang mengeluarkan Nickel bagi projek fitoperlombongan di Nickel Garden Monggis, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...