Nantes didenda kerana gunakan suar

PARIS, 21 Feb – Nantes didenda 21,000 euro (AS$23,800) oleh jawatankuasa disiplin liga Perancis semalam selepas para penyokongnya sebelum ini menggunakan suar pada perlawanan bagi memperingati kematian Emiliano Sala.

Kelab itu dikenakan denda 16,500 euro untuk ‘menggunakan piroteknik dan objek membaling’ semasa perlawanan menentang Saint-Etienne pada 30 Januari lalu, aksi pertama mereka sejak pesawat penyerang dari Argentina itu hilang di Selat Inggeris.

Mereka juga dihukum atas alasan yang sama berikutan aksi di laman sendiri menentang Nimes pada 10 Februari, tiga hari selepas mayat Sala ditemui dari bangkai pesawat malang tersebut. Liga itu enggan mengulas ketika cuba dihubungi. – AFP