Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Naomi Osaka sedia pertahan gelaran

    TOKYO, 26 OGOS – Pemain pilihan utama Naomi Osaka akan mempertahankan gelarannya di Terbuka Pan Pasifik di Tokyo bulan depan, jelas penganjur pada Jumaat, apabila kejohanan itu kembali buat pertama kali sejak pandemik.

    Empat pemain kini berada di ranking 10 teratas akan bersaing pada 17-25 September, termasuk pemenang Grand Slam dua kali Garbine Muguruza dan rakan sepasukan Sepanyol dan pemain nombor empat dunia, Paula Badosa. Pemain Jepun, Osaka menewaskan pemain Rusia Anastasia Pavlyuchenkova pada final 2019 namun kejohanan tersebut dihentikan dua tahun lalu disebabkan koronavirus.

    Osaka, pemenang empat kali berturut-turut dan bekas pemain nombor satu dunia, jatuh ranking ke 44 dunia dan tewas di pusingan pertama dalam kejohanan ATP/WTA Cincinnati Masters minggu lepas. Bekas juara Karolina Pliskova dari Republik Czech juga kembali ke Tokyo, sementara pemain daripada Belarus Aryna Sabalenka dan pemain Nombor 10 dunia Daria Kasatkina masing-masing membuat penampilan sulung kejohanan. – AFP

    Aksi Naomi Osaka semasa bertemu Andrea Petkovic di Terbuka Australia pada 7 Jan 2022.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...