Tuesday, October 3, 2023
33.4 C
Brunei

    -

    Naomi Osaka tersungkur di Cincinnati Masters

    CINCINNATI, 20 OGOS – Naomi Osaka tidak kecewa biarpun tewas pada pusingan ketiga di Cincinnati Masters ATP dan WTA kepada pemain wild card dari Switzerland, Jil Teichmann.

    Juara empat kali Grand Slam tewas 3-6, 6-3, 6-3 kepada pemain ke-76 dunia dan mengakui bahawa kekalahan pada pusingan ketiga di Olimpik Tokyo sebelum ini masih mengganggu fikirannya.

    “Saya melakukan segala yang perlu saya lakukan, pada set kedua dan ketiga saya terlalu bertahan,” kata pemain nombor dua dunia itu.

    “Saya banyak belajar daripada perlawanan ini. Saya boleh tidur malam.”

    Osaka tewas kepada lawan yang bergelut dengan beberapa kecederaan musim ini namun kini sudah kembali cergas.

    Aksi Naomi Osaka, dari Jepun semasa kejohanan tenis Cincinnati Masters ATP dan WTA menentang Jil Teichmann dari Switzerland, semalam, di Mason, Ohio. – AP

    “Saya tahu tahap keadaan saya ini dan saya dapat mempamerkannya di dalam gelanggang,” kata Jil.

    “Minggu ini semua berjalan lancar. Saya perlu bersabar dan dan saya kini berada di sini.”

    Naomi tetap merendah diri sepanjang sesi media selepas perlawanan dan berkata dia sangat takut menjawab soalan dan sangat tenang menerima kekalahan ketika dalam persediaan terakhirnya menghadapi Terbuka AS yang akan bermula 30 Ogos ini.

    “Saya mempunyai harapan yang tinggi terhadap diri saya tapi tidak ada lagi yang dapat saya lakukan untuk memenangi perlawanan ini,” kata Naomi.

    “Saya sebenarnya gembira kerana ditewaskan dan ia membuatkan saya perlu melakukan banyak perkara untuk memantapkan lagi permainan saya. Saya hanya berharap kemenangan akan datang di Terbuka AS.”

    Namun Naomi berkata, satu-satu yang membuatkan dia rasa kecewa adalah kerana tidak memenangi hadiah wang kemenangan AS$24,200 untuk disumbangkan kepada bantuan gempa bumi di Haiti, negara kelahiran ayahnya.

    “Saya gembira, tetapi sedih kerana saya tidak melangkah lebih jauh,” kata Osaka. “Tetapi saya rasa saya meningkatkan kesedaran untuk orang ramai. Saya gembira kami dapat menyumbang sesuatu.”

    Teichmann mengambil masa lebih dari dua jam untuk mengalahkan Osaka. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Angka kematian denggi melebihi 1,000 di Bangladesh

    DHAKA, 2 OKT - Lebih 1,000 orang di Bangladesh telah meninggal dunia akibat demam denggi sejak awal tahun ini, menurut angka rasmi, yang menunjukkan...