Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Naomi Osaka tewas di tangan pemain pilihan ke-23

    INDIAN WELLS, 13 MAC – Juara empat kali Grand Slam, Naomi Osaka menangis disebabkan diganggu oleh peminat semasa kekalahan di tangan Veronika Kudermetova 6-0, 6-4 dalam kejohanan WTA Indian Wells gelanggang keras.

    Pemain kelahiran Jepun, Osaka, menduduki ranking ke-78 dunia selepas tersingkir di pusingan ketiga Terbuka Australia, dikejutkan pada set pertama apabila seorang peminat menjerit, “Naomi, kamu teruk.”

    Dia merayu kepada pengadil untuk mengambil tindakan gara tidak mengambil kesempatan, dan ketinggalan 0-3 dalam pusingan kedua perlawanan, emosinya tidak terkawal.

    Osaka cuba menenangkan diri dan menyambung semula perlawanan, tetapi Kudermetova, pemain pilihan ke-23, memenangi set pembukaan sebelum Osaka berjaya mematahkan pukulan servis pada set kedua.

    Meskipun dia memberikan saingan, Osaka gagal meraih mata daripada empat pukulan break point, dan mematahkan pukulan servis pada perlawanan ketujuh di set kedua sudah cukup untuk Kudermetova mencatat kemenangan.

    Reaksi Osaka menangis semasa bercakap kepada penonton setelah tewas di tangan Kundermetova di Indian Wells, kelmarin.- AP

    Osaka memberi penekanan kepada kesihatan mental bagi para atlet pada 2021 yang sukar di mana dia mendedahkan dirinya mengalami kemurungan. Tetapi bercakap di gelanggang selepas perlawanan, dia berkata komen dilontarkan tidak membuatkan dia merasa dukacita, tetapi disebabkan ia mengingatinya kepada gangguan yang diterima oleh Venus dan Serena Williams di Indian Wells pada 2001.

    “Sejujurnya, saya pernah diganggu sebelum ini jadi ini tidak mempengaruhi saya,” katanya.

    “Tetapi, saya pernah menonton video Venus dan Serena diganggu di gelanggang ini.

    “Saya tidak tahu mengapa, tetapi ia terus meresap di fikiran saya dan dia bermain-main di kepala saya.

    “Saya cuba untuk menahan tangisan,” katanya.

    “Saya hanya ingin ucapkan terima kasih dan tahniah,” dia memberi ucapan kepada Kudermetova. “Terima kasih.”

    Adik beradik Williams telah memboikot Indian Wells sejak lebih 14 tahun selepas kejohanan pada 2001. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...