Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Napoli benam Inter, mara ke Serie A

    ROM, 22 MEI – Napoli meneruskan pesta kejuaraan Serie A kelmarin dengan kemenangan 3-1 di laman sendiri ke atas Inter Milan yang beraksi 10 pemain, menjejaskan harapan Liga Juara-Juara pasukan pelawat itu.

    Inter kekal di tangga ketiga tetapi hanya satu mata di hadapan Lazio, yang bakal bertembung dengan Udinese pada penghujung perlawanan, dan dua di hadapan AC Milan.

    Namun dengan dua perlawanan akhir semakin hampir, menentang Fiorentina dalam Piala Itali pada Rabu dan Manchester City dalam Liga Juara-Juara pada 10 Jun, jurulatih Simone Inzaghi membuat lapan pertukaran daripada pasukan yang menewaskan AC Milan pada perlawanan kedua separuh akhir Eropah mereka Selasa lepas.

    Tugas Inter menjadi lebih sukar apabila pertahanan tengah veteran, Roberto Gagliardini menerima kad kuning kedua pada minit ke-41.

    Andre-Frank Zambo Anguissa meletakkan Napoli di hadapan selepas 67 minit setelah berjaya merembat bola ke penjuru gawang.

    Pemain tengah Inter Milan dari Albania, Kristjan Asllani (kiri) mencabar pemain tengah Napoli dari Slovakia, Stanislav Lobotka semasa perlawanan bola sepak Serie A Itali antara pada 21 Mei. – AFP

    Inzaghi mengeluarkan beberapa pemain utama dan salah seorang daripada mereka, Denzel
    Dumfries, yang membantu Romelu Lukaku membuat jaringan selepas 82 minit.

    Kapten Napoli, Giovanni Di Lorenzo melencongkan rembatan 20 meter ke sudut atas untuk memulihkan kedudukan tiga minit kemudian.

    Ketika Inter mengasak dengan bersungguh-sungguh, Gianluca Gaetano menamatkan serangan balas Napoli dengan gol liga pertamanya untuk kelab itu pada masa tambahan.

    Peluang Inter dalam Liga Eropah tampak cerah pada Isnin apabila Juventus, yang di tempat kedua, berdepan keputusan pemotongan mata oleh Persekutuan Bola Sepak Itali kedua mengenai aktiviti perpindahan terlarang. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...