MILAN, 4 OKT – Pemain kebangsaan Perancis, Tiemoue Bakayoko tiba di Rom hari ini untuk menjalani ujian perubatan menjelang perpindahan secara pinjaman ke Napoli, menurut beberapa laporan media di Itali.
Pemain berusia 26 tahun itu menghabiskan tempoh musim lalu dipinjamkan ke pasukan Ligue 1, Monaco, selepas bermain untuk AC Milan dalam musim 2018-2019, yang ketika itu dilatih oleh pengurus Napoli, Gennaro Gattuso.
Bakayoko, yang menyertai Chelsea pada 2017 selepas tiga musim bersama Monaco, akan menjalani ujian perubatan di ibu kota Itali sebelum perpindahan secara pinjaman selama semusim.
Napoli dijangka akan membayar dua juta euro untuk melunaskan gaji tahunan pemain yang bernilai 3.5 setahun, menurut Gazzetta Dello Sport.
Bakayoko, yang membuat satu penampilan bersama Perancis, akan menyertai rakan sepasukan baharunya esok. – AFP































