Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Napoli jinakkan Frankfurt

    NAPLES, 16 MAC – Victor Osimhen berkata Napoli mengimpikan kegemilangan Liga Juara-Juara selepas dua jaringannya membantu pendahulu Serie A itu mengalahkan Eintracht Frankfurt 3-0 untuk mara ke suku akhir buat kali pertama dalam sejarah mereka kelmarin.

    Penyerang Nigeria, Osimhen menjaringkan kedua-dua gol pada separuh masa bagi memastikan tiada sebarang kesilapan di Naples dan membantu pasukannya memperoleh kemenangan dengan mudah melalui agregat 5-0.

    Piotr Zielinski menambah gol ketiga Napoli menerusi sepakan penalti pada malam yang sempurna untuk kelab terbesar di selatan Itali itu, yang Osimhen percaya boleh pergi jauh.

    “Sungguh mengagumkan untuk mencipta sejarah dengan kemenangan ini,” kata Osimhen kepada Amazon Prime.

    “Kami akan terus bermimpi, kami mempunyai skuad yang mampu berbuat demikian (menang Liga Juara-Juara). Saya fikir kami berada di landasan yang betul. Kami mempunyai jurulatih yang hebat. Kami akan melihat masa depan kami, saya fikir kami mempunyai peluang yang baik.”

    Skuad kendalian Luciano Spalletti hampir merangkul kejuaraan Serie A pertama mereka dalam tempoh lebih tiga dekad dan musim yang luar biasa menjadi lebih baik dengan layak ke lapan terakhir saingan kelab terbaik Eropah esok.

    Mereka mendapat semangat daripada pencapaian domestik dan prestasi Osimhen yang kini telah menjaringkan 23 gol dalam semua pertandingan untuk pasukan yang mungkin paling menarik di benua itu.

    Bagaimanapun, Spalletti kurang yakin mengenai peluang Napoli berbanding Osimhen, dengan menjawab ringkas ‘tidak’ apabila ditanya sama ada dia dipuji oleh Pep Guardiola mengatakan pasukannya adalah yang terbaik di Eropah. – AFP

    Reaksi Victor Osimhen selepas menjaringkan gol pembukaan semasa perlawanan bola sepak pusingan kedua 16 Liga Juara-Juara di stadium Diego Armando Maradona di Naples, Itali. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...