Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Napoli, Lazio tunda sesi latihan

    MILAN, 24 MAC – Kelab bolasepak Itali, Napoli dan Lazio telah menunda rancangan mereka untuk membuat latihan minggu ini berikutan dengan penularan pandemik koronavirus (COVID-19) yang telah membunuh lebih 6,000 orang di Itali.

    Bola sepak Itali telah ditangguhkan sejak 9 Mac lalu kerana wabak COVID-19 yang menjadi bencana terbesar negara Mediterranean itu sejak Perang Dunia II.

    Tetapi beberapa kelab telah berbincang untuk meneruskan latihan di belakang pintu tertutup. “SSC Napoli mengumumkan bahawa aktiviti sukan digantung sehingga tarikh yang akan diputuskan nanti,” menurut kelab dalam satu kenyataan.

    “Meneruskan semula sesi latihan akan ditangguhkan berhubung dengan evolusi kecemasan kesihatan mengenai penularan COVID-19.”

    Napoli berada di tangga keenam di liga Serie A dan kali terakhir mereka membuat latihan pada 12 Mac lalu, sebelum perlawanan Liga Juara-Juara peringkat 16 akhir menentang Barcelona ditunda.

    Mereka awalnya merancang untuk kembali berlatih esok.

    Di bahagian selatan Itali tidak begitu terjejas dengan virus itu berbanding di Lombardia utara Itali. Saingan mereka di liga, Lazio dan Cagliari juga menolak tarikh untuk kembali berlatih.

    Kelab Lazio hanya satu mata di belakang juara dan pemimpin Serie A Juventus yang telah mengatakan mereka mahu memulakan latihan seawal Isnin.

    Semua sukan di Itali telah digantung sehingga 3 April ini. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda