Napoli mahu stadium nama Maradona

NAPLES, ITALI, 26 NOV – Datuk Bandar Napoli mencadangkan hari ini bahawa Stadium San Paolo diganti namanya sebagai penghormatan kepada pemain bola sepak Argentina yang disayangi di bandar ini, Diego Maradona.

“Jom namakan Stadium San Paolo untuk Diego Armando Maradona!” tulis Datuk Bandar Luigi de Magistris di Twitter.

Stadium hari ini diterangi untuk menghormati bekas pemain Napoli yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 60 tahun itu, ketika peminat berkumpul di luar untuk berkabung.

Maradona memimpin Napoli untuk merebut dua gelaran liga mereka pada tahun 1987 dan 1990, menjadi legenda di bandar itu, di mana para peminat dari semalam turun ke jalan setelah mendengar kematiannya.

“Diego membuat orang kita bermimpi, dia membawa Napoli dengan kegeniusannya,” kata de Magistris.

“Diego, Napoli dan Argentina, kamu memberi kami kegembiraan dan kebahagiaan! Napoli menyayangimu!” – AFP