Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Napoli singkirkan Leicester dari Liga Europa

    LONDON, 10 DIS – Brendan Rodgers mengakui dia tidak mengetahui tentang Liga Konfederasi Europa selepas Leicester disingkirkan 3-2 di tangan Napoli sekali gus ditempatkan di kejohanan itu, semalam.

    Napoli menyingkirkan Leicester dari kejohanan Liga Europa sementara pasukan Itali itu mara ke peringkat kalah mati dalam penamat dramatik Kumpulan C.

    Leicester berada di kedudukan teratas kumpulan semasa memasuki pusingan terakhir perlawanan, namun kekalahan di Naples membuatkan mereka jatuh ke tangga ketiga, bermakna mereka akan memasuki kejohanan tier ketiga UEFA di pusingan playoff kalah mati pada Februari. “Saya perlu berterus terang bahawa saya tidak mengetahui mengenai kejohanan itu,” jelas Rodgers mengenai Liga Konfederasi Europa.

    “Saya hanya menumpukan Liga Europa dengan memenangi kumpulan ini atau berada di kedudukan kedua. Saya tidak pasti mengenainya, tetapi saya pasti kami akan mengetahuinya tidak lama lagi.” Napoli tersentap selepas mendahului dua gol dengan Leicester berjaya menyamakan kedudukan pada separuh masa, namun gol kedua Eljif Elmas berjaya memenangi perlawanan untuk pasukan tuan rumah semasa babak kedua bersambung.

    Sementara itu, Spartak Moscow menamatkan saingan di kedudukan teratas peringkat kumpulan selepas mencatat kemenangan 1-0 di Legia Warsaw, melalui jaringan Zelimkhan Bakaev pada minit ke-17. Manakala, Leicester, yang dilanda masalah COVID-19 dan penyakit, mampu menyelamatkan kedudukan mereka di Liga Europa sekiranya pemain Legia, Tomas Pekhart berjaya menyempurnakan sepakan penalti pada masa kecederaan. Napoli mendahului perlawanan pada minit keempat melalui Adam Ounas yang membuat permulaan pertama untuk kelab sejak 2019 dengan percubaan rendah dalam kawasan penalti.

    Napoli sekali lagi menambah jaringan pada minit ke-24 apabila Andrea Petagna melepaskan perangkap ofsaid Leicester dan menghantar bola kepada Elmas, yang kemudian membuat percubaan menewaskan Kasper Schmeichel dengan mudah. – AFP

    Reaksi pemain tengah Eljif Elmas meriakan gol kemenangan semasa bertemu Leicester di Liga Europa, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda