Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Napoli tak kenal erti kalah

    NAPLES, ITALI, 9 NOV – Napoli mengekalkan kedudukannya di persada Liga Serie A dengan kemenangan 2-0 menentang Empoli.

    Sepakan penalti Hirving Lozano pada minit ke-69 dan cubaan kemas dari Piotr Zielinski pada minit-minit akhir memastikan tuan rumah, Napoli selesa dengan kelebihan lapan mata berbanding pencabar terdekat, AC Milan.

    Napoli kini mendahului jauh di hadapan berbanding pasukan lain dalam liga, yang menyaksikan mereka memburu gelaran juara dalam tempoh tiga dekad.

    “Perjalanan masih lagi jauh dan berliku-liku. Kami perlu tumpukan sepenuh perhatian dengan cabaran yang mendatang,” kata jurulatih Luciano Spalletti kepada DAZN.

    Empoli, yang beraksi dengan 10 pemain selepas Sebastiano Luperto dilayangkan kad kuning kedua, kekal di tangga ke-14 dalam liga dan tujuh mata di atas zon penyingkiran.

    Napoli dihadiahkan penalti selepas Razvan Marin dipersalahkan kerana mengasari Victor Osimhen.

    “Saya tak mahu bercerita mengenai penalti tersebut,” kata jurulatih Empoli, Paolo Zanetti.
    “Pelanggaran itu tidak nampak begitu ketara namun pengadil telah membuat keputusan dan tiada apa-apa yang dapat kami lakukan mengenai hal itu.”

    Dengan Luperto dibuang padang, maka berakhirlah tekanan Empoli ke atas Napoli dan ini memberikan peluang kepada Zielinski untuk menyempurnakan hantaran lintang daripada rakan sepasukannya seterusnya menjaringkan gol pertamanya dalam kempen ini. – AFP

    Aksi Hirving Lozano mengambil sepakan penalti semasa dalam perlawanan antara Napoli dan Empoli di stadium Diego-Maradona, Naples. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...