Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Napoli tersingkir dari Piala Itali

    MILAN, 6 DIS – Napoli tersingkir dari Piala Itali kelmarin selepas Tijjani Noslin menjaringkan hatrik untuk memberi Lazio kemenangan 3-1 dalam pusingan 16 terbaik di Rom.

    Lazio akan menentang sama ada Inter Milan atau Udinese di suku akhir, hasil tiga gol Noslin yang menjadikannya lima gol musim ini.

    Noslin membuka jaringan pada minit ke-32, diikuti dengan gol penyamaan cepat daripada Giovanni Simeone, sebelum Noslin mengembalikan kelebihan Lazio empat minit sebelum rehat dengan satu pergerakan cantik dan penyudahan yang sempurna.

    Pemain berusia 25 tahun itu memastikan kemaraan Lazio ke suku akhir selepas rehat separuh masa pertama dengan satu lagi tandukan daripada hantaran tepat Mattia Zaccagni, yang turut menyelamatkan sepakan penalti di pertengahan separuh masa pertama. – AFP

    Tijjani Noslin dari Lazio (kanan) menjaringkan gol pembukaan menentang penjaga gol Napoli, Elia Caprile, semasa perlawanan Piala Itali antara Lazio dan Napoli di Stadium Olimpik, Rom, pada 5 Disember. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda