GENOA, 4 FEB – Napoli meledakkan dua jaringan gol untuk kembali menang setelah ketinggalan ketika menentang Sampdoria 4-2 di Serie A semalam.
Perlawanan semalam adalah merupakan kemenangan ketiga buat pasukan Napoli sejak Gennaro Gattuso mengambil alih menjadi jurulatih Napoli pada 11 Disember lalu dan membawa pasukannya naik berada ditangga ke-10 di liga Serie A.
Walau bagaimanapun, Sampdoria masih kekal berada di tempat ke-16, empat mata di atas zon penyingkiran.
Napoli masuk ke perlawanan dengan momentum yang sangat menakjubkan selepas seminggu menyaksikan mereka telah mengalahkan pemimpin Serie A Juventus dalam liga dan berjaya mara ke separuh akhir Piala Itali.
Sementara itu, Napoli telah mendahului perlawanan dengan menang 2-0 dalam masa 16 minit berikutan jaringan gol dari Arkadiusz Milik dan Eljif Elmas. Elmas berusia 20 tahun, beliau menangis kerana terasa terharu selepas menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu.
Sejurus selepas itu, bekas pemain penyerang Napoli Fabio Quagliarella menemui jaringan mengurangkan defisit jaringan Napoli pada minit ke-26 dengan rembatan voli yang hebat.
Kedua-dua pasukan mempunyai keputusan jaringan gol yang dibatalkan pengadil sebelum pemain Napoli, Manolo Gabbiadini, menyamakan kedudukan dengan tendangan penalti di minit ke-73 setelah melepasi pemain pertahanan Kostas Manolas kekerasannya menjatuhkan Quagliariella. – AP





























