Tuesday, April 16, 2024
29.5 C
Brunei

    -

    Naqiu kembali ke pangkuan Boboy

    Hampir dua dekad hilang daripada radar industri hiburan, kumpulan yang popular sekitar awal tahun 2000an, Boboy kini kembali dengan lagu baharu.

    Bertajuk Tetap Bersama hasil ciptaan Naqiu dan lirik oleh Wit serta Mohsen itu akan dilancarkan di platform penstriman digital bermula 22 Julai 2022.

    Selaku vokalis, Naqiu atau Wan Naqiuddin Mohd Najib, 36, berkata, lagu itu dibuat mengikut cita rasa pendengar masa kini, namun tetap memiliki identiti kumpulan Boboy. Katanya, cara itu dapat mengubati peminat yang sememangnya sudah mengenali Boboy dengan genre muzik sebegitu.

    “Lagu ini boleh dikatakan pop ‘leleh’. Kami tidak mahu memori peminat tentang jenama dan perjuangan Boboy berubah hanya kerana ingin mencuba sesuatu yang baharu.

    “Kami mahu peminat masih dapat mengaitkan lagu ini dengan lagu-lagu Boboy yang pernah mereka kenal 20 tahun dulu. Namun, susunan dan penerbitannya saja lebih matang dan moden serta seiring perubahan masa,” jelasnya.

    Kehadiran lagu baharu itu seiring dengan usaha Boboy yang kini sedang dalam rangka projek membuat kemunculan semula.

    Selepas muncul dalam program Konsert Minggu Ini di saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM) 14 Mei lalu, Boboy menjadikan ia sebagai langkah pertama untuk bersatu semula di atas pentas.

    Naqiu bagaimanapun tidak menolak dirinya berasa ragu-ragu untuk membuat persembahan secara berkumpulan memandangkan lebih banyak bergerak secara solo. – Agensi

    Hampir dua dekad hilang daripada radar industri hiburan, Boboy kini kembali dengan lagu baharu. – Agensi
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...