Naruhito batal perayaan ulang tahun ke-60

TOKYO, 23 FEB – Maharaja Jepun Naruhito, tatkala meraikan hari kelahirannya ke-60, menawarkan simpatinya kepada mereka yang terjejas oleh virus baharu itu, tatkala kebimbangan mengenai jangkitan memaksa perhimpunan puluhan ribu rakyat di luar istana diraja dibatalkan.

Hari kelahiran pada hari ini adalah yang istimewa untuk Naruhito, yang pertama sejak menjadi maharaja. Enam puluh dianggap umur bersejarah dalam kalendar zodiak Jepun.

Perayaan sempena hari kelahiran maharaja telah pun dibatalkan di tengah kebimbangan mengenai virus berkenaan. Rancangan untuk Naruhito untuk melambai dari beranda istana kepada puluhan ribu rakyat adalah antara acara yang telah dibatalkan. Jepun telah mengesahkan lebih daripada 750 kes, termasuk 634 dari kapal persiaran Diamond Princess, yang berlabuh dan dikuarantin di Yokohama, berhampiran Tokyo.

“Tatkala kami menghadapi kebimbangan mengenai penularan koronavirus, saya menyampaikan rasa simpati saya kepada pesakit dan keluarga mereka,” beritahu Naruhito pada persidangan akhbar baharu yang diadakan sebelum hari lahirnya. “Saya berharap pertambahan jangkitan akan dibendung secepat mungkin.” – AP