Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Nas-T ‘koyak’ jalani latihan komando

    Aktiviti lasak bukan sesuatu yang asing buat teraju utama filem Air Force The Movie: Selagi Bernyawa, Nas-T.

    Namun, cabaran lasak itu membuatnya ‘koyak’ sepanjang seminggu menjalani latihan komando di Kem Jugra, Banting sebagai persiapan sebelum memasuki lokasi penggambaran filem arahan Zulkarnain Azhar dan Frank See itu.

    Bukan hanya Nas-T, malah rakan pelakon lain turut mengalami perkara sama biarpun latihan komando hanyalah 20 peratus daripada latihan sebenar. Kongsi Nas-T, sepanjang lebih seminggu berada di kem latihan itu mereka memulakan latihan seawal jam 6 pagi sehingga matahari terbenam.

    “Saya aktif bersukan dan gemar ke gimnasium, jadi saya cukup bersemangat apabila diberikan watak Kapten Adib.

    “Sedikit sebanyak latihan di gimnasium membantu saya ketika menjalani latihan sebagai komando Pasukan Khas Udara (PASKAU).

    Nas-T menjaga pemakanan sepanjang penggambaran dengan dikawal oleh pihak produksi. – Agensi

    “Bagaimanapun, latihan yang perlu ditempuh untuk bergelar komando bukanlah mudah, latihannya amat susah. Walaupun latihan diberikan kepada kami hanya 20 peratus tetapi jujurnya saya ‘koyak’.

    “Hari pertama kami diajar ciri-ciri keselamatan, manakala hari kedua mengendalikan pistol, diikuti dengan raifal pada hari ketiga.

    “Pada hari keempat kami berlari sambil menembak dan seterusnya, perlu mengikuti peperiksaan sebelum dibenarkan bergelar komando,” katanya kepada BH Online.

    Walaupun terpaksa menjalani latihan berat, Nas-T atau nama sebenarnya, Nas Muammar Zar Nasruddin berkata, dia seronok kerana watak Kapten Adib sudah lama diimpikan. Selama ini, katanya, dia juga membesar dengan menonton filem aksi.

    “Seronok membawakan watak Kapten Adib walaupun latihan dan penggambaran filem amat berat sehingga mendatangkan kecederaan kepada tubuh badan.

    “Saya hanya diberikan watak budak jahat selama ini. Apabila ditawarkan watak anggota tentera udara tentunya saya tidak fikir panjang dan terus bersetuju.

    Nas-T mendedahkan, perkara paling ditakuti adalah sakit dan kecederaan kerana enggan menyusahkan pihak produksi sepanjang hampir tiga bulan menjalani penggambaran pada 2019. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...