Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    NASA bakal lancar 3 roket dari Australia

    CANBERRA, AUSTRALIA, 8 JUN – NASA akan melancarkan roket penyelidikan dari kawasan terpencil utara Australia bulan ini yang merupakan pelepasan pertama agensi itu dari pelabuhan angkasa komersial di luar Amerika Syarikat.

    “Tiga buah roket yang akan dilancarkan dari Pusat Angkasa Arnhem di tanah milik orang asli berhampiran bandar perlombongan Nhulunbuy di Wilayah Utara pada 26 Jun, 4 dan 12 Julai nanti,” menurut satu pengumumuan yang dikeluarkan oleh NASA dan pemilik pad pelancaran, Equatorial Launch Australia kelmarin.

    Tapak pelancaran tersebut dipilih kerana kedudukannya di Hemisfera Selatan dan berdekatan dengan khatulistiwa.

    Roket Black Brant IX berukuran 12.2 meter dan seberat 2,200 kilogram itu adalah rekaan Kanada yang akan memberi tumpuan kepada sistem bintang Alpha Centauri A dan B. Misi ketiga akan mengkaji sinar-x yang terpancar dari medium antara bintang, awan gas dan zarah dalam ruang antara bintang.

    Pengarah Bahagian Heliofizik NASA, Nicky Fox berkata, pelancaran sejauh lebih daripada 300 kilometer ke angkasa lepas itu akan memberikan peluang bagi meneroka tentang bagaimana cahaya bintang dapat mempengaruhi kehidupan semula jadi yang dicipta oleh planet antara kehidupan yang lain.

    Sementara itu, Perdana Menteri Anthony Albanese telah mengalu-alukan pelancaran roket NASA yang pertama di Australia sejak tahun 1995. Tapak pelancaran itu sebelumnya merupakan rangkaian roket tentera berhampiran Woomera di negeri Australia Selatan.

    Beliau turut menjangkakan sekurang-kurangnya dua lagi pelancaran akan dilaksanakan dari pusat angkasa tahun ini dan lebih daripada 50 pelancaran setiap tahun dalam beberapa tahun. – AP

    Gambar menunjukkan Pusat Angkasa Arnhem di Semenanjung Gove di Wilayah Utara Australia pada 2 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...