NASA hantar 4 astronaut ke ISS Ahad ini

WASHINGTON, 28 OKT – NASA sedang bekerjasama dengan SpaceX sekali lagi untuk menghantar empat angkasawan ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa Ahad ini, termasuk tiga astronaut yang baru pertama kali.

Kru misi ‘Crew 3’ akan menghabiskan enam bulan dalam pos kawalan orbital, menjalankan penyelidikan dalam bidang sains material, kesihatan dan botani untuk membantu memaklumkan mengenai jelajah angkasa dalam masa depan dan manfaat kehidupan di bumi.

Raja Chari, Tom Marshburn dan Kayla Barron yang merupakan warga Amerika serta Matthias Maurer warga Jerman dari Agensi Angkasa Lepas Eropah (ESA) akan berlepas menaiki pesawat Crew Dragon bernama ‘Endurance’, yang dipasang di atas roket Falcon 9 pada jam 2:21 pagi dari Pusat Angkasa Kennedy di Florida.

“Malam semalam kami berkesempatan melihat Endurance di hangar ia sedia untuk ditempatkan di pad, dan sebenarnya dapat meletakkan tangan kami pada Dragon, merupakan satu pengalaman sangat istimewa,” kata Chari, kolonek Udara Tentera AS yang mengetuai misi itu berkata semasa sidang media kelmarin.

Daripada keempat-empat angkasawan tersebut, hanya Marshburn yang pernah pergi ke angkasa sebelumnya. Doktor perubatan itu diterbangkan menaiki Space Shuttle pada 2009 dan pesawat angkasa Soyuz Rusia pada misi dari 2012 hingga 2013. – AFP

Roket Falcon SpaceX dan pesawat Crew Dragon pada pad pelancaran Pusat Angkasa Kennedy NASA di Florida pada 28 Oktober. – AFP