Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Nasa kehilangan dua satelit pemantauan taufan

    WASHINGTON, 13 JUN – Dua satelit NASA kecil yang bertujuan mengkaji perkembangan taufan, gagal memasuki orbit apabila enjin roket Astra mereka mati sebelum mencapai ketinggian yang diperlukan, kata agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

    “Selepas penerbangan peringkat pertama yang nominal, enjin peringkat atas roket tiba-tiba mati dan gagal menghantar TROPICS CubeSats ke orbit,” kata Program Perkhidmatan Pelancaran NASA dalam laman Twitter.

    Dalam catatan laman sesawangnya sebelum pelancaran, NASA menyifatkan TROPICS CubeSats sebagai kumpulan enam buah satelit bersaiz kotak kasut yang akan mengkaji pembentukan dan pembangunan siklon tropika sekali gus membuat pemerhatian lebih kerap terhadap apa yang mustahil bagi satelit cuaca semasa. Astra menerima kontrak AS$7.95 juta daripada NASA pada Februari 2021 bagi tiga pelancaran, masing-masing dengan sepasang peranti TROPICS.

    Berharap untuk menjadi tunggak utama dalam pasaran bagi melancarkan satelit bersaiz kecil, Astra menjanjikan pelancaran yang lebih kerap dengan lebih fleksibiliti berbanding syarikat yang menggunakan roket yang lebih besar, seperti SpaceX dan Arianespace. Walau bagaimanapun, syarikat baharu tersebut malangnya telah menghadapi masalah yang berulang dengan roket dua peringkatnya gagal untuk mencapai orbit.

    Sementara itu, pada bulan Februari lalu, semasa misi CubeSat NASA yang lain, peringkat kedua Astra telah gagal mencapai orbit kerana isu melepaskan cangkerang yang menutupi satelit semasa pelancaran.

    “Kami kesal kerana tidak dapat menghantar dua buah satelit TROPICS pertama,” kata ketua eksekutif Astra, Chris Kemp dalam tweet beliau. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pengawal dari Pakistan tuntut kewarganegaraan

    SYDNEY, 18 APRIL - Perdana menteri Australia hari ini berkata beliau akan mempertimbangkan untuk memberikan kewarganegaraan kepada seorang pengawal keselamatan Pakistan yang cedera dalam...