NASA lakar sejarah baharu

TAMPA, 12 Ogos – NASA hari ini melancarkan kapal angkasa yang bernilai AS$1.5 bilion menuju matahari dalam satu misi bersejarah untuk melindungi Bumi dengan mendedahkan misteri-misteri terhadap bahaya ribut solar.

“Tiga, dua, satu, kosong dan berlepas! bagi roket Delta IV Heavy dengan Parker Solar Probe NASA, misi untuk menjelaskan misteri mengenai bintang yang paling hampir iaitu Matahari,” kata pengulas menerusi NASA TV. Pelancaran tersebut menerangkan langit di Cape Canaveral, Florida pada 3:31 pagi (0731 GMT).

Kurang dari sejam kemudian, pengurus misi mengesahkan kapal angkasa itu berpisah dari roket seperti yang dirancang dan selamat dalam perjalanannya.

“Pada ketika ini, kapal angkasa itu mula naik,” kata jurucakap United Launch Alliance, syarikat yang mengendalikan roket tersebut.

Misi kapal angkasa tanpa manusia itu dicipta untuk berada lebih hampir kepada sistem solar berbanding dengan objek buatan manusia, menjunam ke dalam atmosfera matahari yang dikenali sebagai korona, dalam misi selama tujuh tahun.

Foto daripada NASA menunjukkan roket Delta IV Heavy dengan Parker Solar Probe NASA ketika dilancarkan dari tapak pelepasan Kompleks 37 di Cape Canaveral Air Force Station, Florida, kelmarin. – AP

Kapal angkasa tersebut dikawal oleh pelindung panas ultra yang kuat dan mampu melalui peringkat kepanasan yang belum pernah berlaku serta radiasi 500 kali yang dialami di Bumi.

NASA meletakkan misi itu sebagai kapal angkasa pertama untuk ‘menyentuh matahari.’

Dalam realiti, ia seharusnya berada dalam 3.83 juta batu (6.16 juta kilometer) dari permukaan matahari, cukup hampir untuk mengkaji fenomena angin solar dan atmosfera matahari, dikenali sebagai korona, 300 kali ganda panas berbanding permukaannya.

Kapal angkasa berukuran kereta itu akan memberikan para saintis kefahaman yang lebih baik mengenai angin solar dan ribu geomagnetik yang memberikan risiko ke atas Bumi dengan mengetepikan grid kuasa. Ledakan solar yang sukar difahami ini berpotensi memutuskan tenaga kepada berjuta-juta orang. – AFP