NASA lancar Lucy terokai Musytari

WASHINGTON, 17 OKT – NASA melancarkan kapal angkasa bernama Lucy dalam misi 12 tahun untuk meneroka asteroid Trojan Musytari untuk pertama kali kelmarin, mengumpulkan pandangan baharu mengenai pembentukan sistem suria.

Roket Atlas V bertanggungjawab melancarkan kapal tersebut pada pukul 5:34 pagi jam tempatan dari Cape Canaveral.

Dinamakan sempena fosil kuno keturunan pra-manusia, Lucy akan menjadi kapal angkasa bertenaga suria pertama yang menjelajah sejauh ini dari matahari dan akan memerhatikan lebih banyak asteroid berbanding kapal-kapal sebelumnya iaitu sebanyak lapan buah kapal.

Lucy juga akan mengadakan tiga lintas terbang Bumi untuk bantuan graviti, menjadikannya kapal angkasa pertama untuk kembali ke kawasan sekitar Bumi dari sistem suria luar.

“Setiap asteroid itu, setiap sampel asli, menyalurkan sebahagian daripada kisah sistem suria, kisah mengenai manusia,” beritahu Thomas Zurbuchen, pentadbir bersekutu misi Sains NASA, kepada wartawan melalui satu panggilan.

Pertemuan pertama Lucy dijangkakan pada tahun 2025 dengan asteroid Donaldjohanson di Main Belt, antara Marikh dan Musytari. Asteriod tersebut dinamakan sempena penemuan fosil, Lucy. – AFP

NASA melancarkan kapal angkasa bernama Lucy dalam misi 12 tahun untuk menerokai asteroid Trojan Musytari untuk pertama kali. – AP