CAPE CANAVERAL, FLORIDA, 1 DIS – NASA membatalkan aktiviti angkasa lepas semalam disebabkan serpihan junk angkasa lepas yang mungkin mengoyakkan sut angkasawan atau merosakkan Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.
Dua angkasawan Amerika Syarikat dijangka mengganti antena yang tidak berfungsi baik di luar stesen angkasa.
Namun lewat malam Isnin, Kawalan Misi mendapati serpihan orbit mungkin berada amat dekat dengan stesen.
Tidak adanya masa yang cukup untuk menilai ancaman itu, maka pengurus stesen menunda aktiviti angkasa lepas sehingga esok.
Ia adalah kali pertama aktiviti luar stesen angkasa telah dibatalkan kerana ancaman daripada junk angkasa lepas.
Stesen angkasa dan tujuh anggota kru semakin terdedah kepada risiko junk angkasa lepas sejak Rusia memusnahkan satelit dalam ujian misil dua minggu lalu.
Masih tidak jelas sama ada objek berkenaan merupakan sebahagian daripada bangkai satelit Rusia. Pada sidang media pada Isnin, pegawai NASA berkata ujian misil pada 15 November mengakibatkan sekurang-kurangnya 1,700 serpihan satelit cukup besar untuk dikesan, dan ribuan terlalu kecil untuk dipantau dari darat tetapi masih mampu menembusi pakaian angkasawan. – AP
