Saturday, August 20, 2022
23.2 C
Brunei

NASA tunda ujian terakhir pelepasan ke bulan

-

WASHINGTON, 6 APRIL – Ujian terkini roket gergasi ke bulan milik NASA, SLS terpaksa ditunda bagi membolehkan roket SpaceX untuk dilancarkan hujung minggu ini, menurut agensi angkasa Amerika Syarikat (AS) yang diumumkan kelmarin.

Latihan bagi Sistem Pelancaran Angkasa gergasi dijadualkan pada Jumaat di pad pelancaran 39B di Cape Canaveral, Florida, pada masa yang sama SpaceX turut berlepas di pad 39A.

Ujian roket, yang akan kembali menghantar manusia ke bulan, kini dijangka untuk disambung tidak lama selepas roket SpaceX berlepas, yang membawa tiga ahli peniagaan dan bekas angkasawan ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Roket SLS yang berukuran 322 kaki akan kekal berada di pad pelancaran sementara menunggu giliran.

Dalam ujian terakhir sebelum berlepas ke bulan pada hujung tahun ini, semua persiapan menjelang pelancaran mesti diuji, daripada mengisi tangki hingga ke perkiraan masa perlepasan, yang hanya akan berhenti sebelum enjin dihidupkan.

NASA terpaksa menunda pelancaran roket SLS bagi membolehkan roket SpaceX untuk dilancarkan hujung minggu ini. – AP

Ujian dimulakan Jumaat lalu dan tarikh asal dijadualkan berakhir pada Ahad, tetapi pasukan NASA mengalami ‘banyak cabaran teknikal’ dan keadaan cuaca yang tidak mengizinkan pada Sabtu, kata Mike Sarafin, pengurus misi bagi pendaratan Artemis Moon.

Antara masalah yang dihadapi ialah pad pelancaran disambar kilat empat kali semasa ribut petir, namun ia sekurang-kurangnya membuktikan bahawa sistem perlindungan itu berhasil seperti yang dirancang.

Tetapi masalah itu bukan “isu besar,” kata Sarafin. “Kami masih belum mengalami masalah penting atau isu lainnya.”

“Kami akan mengambil pelajaran daripada ujian ini,” katanya, yang menggelar ujian yang dibuat beberapa hari kebelakangan sebagai ‘sedikit berjaya’.

Artemis 1 akan menandakan pelepasan pertama SLS, yang pembinanya tertunda beberapa tahun daripada jadual asal. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Yangtze susut, kemarau teruk landa China

CHONGQING, 19 OGOS – Sungai terbesar China, Yangtze menyusut teruk hari ini akibat kemarau musim panas terburuk di China dalam masa enam dekad sehingga...
- Advertisment -