Sunday, September 24, 2023
21.9 C
Brunei

    -

    NASA uji pendekatan baharu kesan tsunami

    LOS ANGELES, 1 JUN – Saintis di Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) Amerika Syarikat sedang menguji pendekatan baharu bagi mengesan tsunami melalui deram-derum bunyi guruh di atmosfera, menurut agensi itu semalam, lapor Xinhua.

    Teknologi pemantauan untuk mengesan bahaya baharu yang dipanggil GUARDIAN (Rangkaian Maklumat Bencana Masa Nyata Atmosfera Atas GNSS) itu, menggunakan isyarat GPS bagi mengesan gelombang di Lingkaran Api Pasifik.

    Sistem baharu itu meneliti isyarat untuk mendapatkan petunjuk bahawa tsunami muncul di suatu tempat di Bumi. Walaupun alat navigasi biasanya berusaha untuk membetulkan gangguan ionosfera, saintis boleh menggunakannya sebagai loceng penggera yang boleh menyelamatkan nyawa, kata seorang saintis di Makmal Pendorong Jet NASA di California Selatan, Leo Martire.

    “Daripada membetulkannya sebagai ralat, kami menggunakannya sebagai data untuk mencari bahaya semula jadi,” kata Martire.

    Objektif jangka panjang GUARDIAN adalah untuk menambah baik sistem amaran awal sedia ada, menurut NASA. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...