Friday, August 19, 2022
24.2 C
Brunei

NASA umum 10 pelatih angkasawan baharu

-

HOUSTON, 7 DIS – NASA mengumumkan 10 pelatih angkasawan baharu semalam, yang dipilih daripada lebih 12,000 pemohon bagi kemasukan tahun ini.

Antaranya termasuk seorang ahli bomba yang kini menjadi profesor di Harvard, bekas anggota pasukan pelumba basikal Amerika Syarikat (AS) dan juruterbang yang mengetuai formasi F-22 wanita dalam pertempuran.

Mereka akan melaporkan diri di Pusat Angkasa Johnson di Texas pada Januari tahun depan bagi menjalani latihan selama dua tahun.

Pentadbir NASA, Bill Nelson, berkata agensi itu menyambut 10 anggota baharu sebagai sebahagian daripada misinya untuk kembali ke bulan serta meneroka Marikh.

Semua calon, yang berusia antara 32 hingga 45 tahun, akan belajar cara mengendali dan menyenggara Stesen Angkasa Antarabangsa.

Mereka juga akan dilatih untuk berjalan di angkasa, kemahiran robotik, mengendali jet latihan T-38 dan mempelajari bahasa Rusia. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Darurat banjir di wilayah pulau selatan New Zealand

WELLINGTON, 18 OGOS – Wilayah Pantai Barat dan Nelson-Tasman di Pulau Selatan New Zealand dilanda hujan lebat dan banjir. Darurat tempatan masih kekal di kawasan...
- Advertisment -