Naser disiasat ketika menang 400m emas dunia

MONACO, 8 JUN – Salwa Eid Naser telah disiasat kerana gagal menjalani ujian doping ketika dia menyertai perlumbaan dengan kemenangan yang tidak dijangka dalam larian 400
meter di kejohanan trek dan padang dunia.

Unit Integriti Atletik mengesahkan kelmarin bahawa Naser sudah diawasi kerana tiga kali kegagalan keberadaannya sebelum kemenangan kejuaraan dunia di Doha pada bulan Oktober.

Itu bermakn, Naser boleh dilucutkan pingat emasnya jika dia didapati bersalah. Dia juga bakal terlepas Sukan Olimpik tahun depan di Tokyo.

Pelari pecut kelahiran Nigeria, yang mewakili Bahrain itu, mengatasi juara Olimpik, Shaunae Miller-Uibo dengan kemenangan catatan masa 48.14 saat, masa terpantas sejak tahun 1985.

AIU, yang mengawasi ujian dadah dan kes disiplin, mengatakan bahawa Naser telah disiasat pada waktu itu dan dia berhadapan kegagalan yang keempat pada bulan Januari lalu.

Salwa Eid Naser dari Bahrain, meraikannya kemenangan meraih emas dalam final 400 meter wanita di Kejohanan Atletik Dunia di Doha, Qatar. Dia digantung sementara pada 5 Jun kerana tidak bersiap sedia untuk ujian doping. – AP

Rekod AIU menunjukkan bahawa dia tidak didakwa dan ditangguhkan sementara hingga minggu ini.

Kenyataan AIU tidak menjelaskan sebab kelewatan itu. Naser mengatakan dalam sebuah video Instagram baru-baru ini bahawa dia bukan seorang penipu dan gagal menjalani tiga ujian dadah sebelum kejuaraan dunia adalah perkara biasa dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, menurutnya dalam status IGnya.

Atlet diminta memberikan kemas kini secara berkala mengenai keberadaan mereka untuk pihak berkuasa anti-doping melakukan ujian di luar persaingan.

Melanggar peraturan itu bermaksud atlet sama ada tidak mengisi borang yang memberitahu pihak berkuasa di mana dia dapat ditemui, atau atlet tidak berada di tempat mereka.

Tiga pelanggaran dalam 12 bulan boleh menyebabkan penggantungan sekiranya atlet tidak dapat menjelaskan mengapa mereka tidak bersedia untuk jalani ujian. – AP