Sunday, January 26, 2025
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasi goreng nanas enak, menambat selera

    Oleh Afiq Zainuddin –

    Nasi goreng nanas merupakan hidangan yang popular di banyak negara termasuk Thailand, Malaysia dan negara kitani.

    Ia merupakan variasi nasi goreng yang menggunakan nanas segar sebagai salah satu bahan utama, justeru memberikan rasa yang unik, manis dan segar.

    Hidangan ini biasanya menggabungkan nasi sejuk (nasi semalam), bahan protein seperti ayam, udang atau daging, bersama potongan nanas yang didadu kecil.

    Ia dimasak dengan rempah ratus, sos seperti kicap manis dan sos tiram, dan kadang-kala serbuk kunyit untuk memberikan warna kuning keemasan.

    Nasi goreng nanas mempunyai keistimewaan tersendiri yang mana ia memiliki rasa yang unik dengan gabungan rasa manis masam nanas dan rempah nasi goreng menghasilkan kombinasi yang seimbang antara rasa manis, masin dan pedas.

    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva
    Foto Canva

    Manakala teksturnya, nanas yang lembut dan berair memberikan kontras menarik kepada nasi yang sedikit garing.

    Dalam penyediaan yang lebih tradisional, nasi goreng nanas sering disajikan dalam kulit nanas yang telah diukir sebagai mangkuk.

    Ia bukan sahaja lazat tetapi juga sangat menarik dari segi visual, menjadikannya sesuai untuk jamuan istimewa atau makanan harian.

    BAHAN-BAHAN

    Berkongsi secara ringkas antara bahan-bahan yang diperlukan untuk memasak nasi goreng nanas adalah tiga cawan nasi putih (lebih baik nasi semalam), ½ biji nanas yang dipotong kecil atau didadu, 200g ayam, daging atau udang yang dipotong kecil sebagai pilihan, dua biji telur yang dipukul ringan, tiga ulas bawang putih yang dicincang halus, sebiji bawang besar yang dihiris, dua sudu besar kicap manis, satu sudu besar sos tiram, satu sudu teh serbuk kunyit untuk warna, satu sudu besar minyak masak, garam dan lada sulah secukup rasa, daun bawang atau cili merah untuk hiasan sebagai pilihan.

    CARA PENYEDIAAN

    Cara penyediaannya pula, mula-mula panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Selepas itu, masukkan ayam atau udang dan goreng hingga masak sepenuhnya.

    Selepas itu tambahkan lobak merah dan nanas, masukkan lobak merah dan isi nanas, goreng sebentar hingga sayur layu dan nanas mengeluarkan jus sedikit.

    Setelah itu masukkan nasi putih, gaul rata dengan bahan tumisan, tambah perasa, kicap cair, sos tiram dab serbuk kunyit, akhir sekali garam dan gula secukup rasa.

    Gaul sehingga semua bahan sebati dan nasi panas. Setelah itu, masukkan telur, awda boleh pecahkan telur ke dalam nasi dan gaul sehingga sebati atau gunakan telur goreng sebagai hiasan.

    Akhir sekali, hidangkan nasi goreng nanas yang sudah masak di atas pinggan dan letakkan daun bawang, daun ketumbar atau cili merah di atas sebagai hiasan tambahan.

    Sebagai tip tambahan pula, awda boleh hidangkan dalam kulit nanas yang telah dikorek untuk memberikan penampilan yang lebih menarik. Selamat mencuba.

    Bahan-bahan:

    • 3 cawan nasi putih (lebih baik yang dimasak semalam)
    • 1/2 biji nanas (dipotong dadu kecil)
    • 200g cawan ayam atau udang (pilihan, dipotong kecil)
    • 3 ulas bawang putih (dicincang halus)
    • 1 biji bawang merah (dihiris nipis)
    • 2 sudu besar kicap manis
    • 1 sudu besar sos tiram
    • 1 sudu teh serbuk kunyit untuk warna
    • Garam dan gula secukup rasa
    • Minyak masak secukupnya
    • 1 biji telur (digoreng berasingan atau dicampurkan semasa memasak nasi)
    • Daun bawang atau daun ketumbar (untuk hiasan)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda