Nasib 400 tahanan Taliban bakal diketahui

KABUL, 7 OGOS – Ribuan tokoh berpengaruh Afghan akan berkumpul di Kabul untuk memutuskan sama ada membebaskan kira-kira 400 tahanan Taliban, termasuk kebanyakan yang terbabit dalam serangan kejam yang membunuh puluhan penduduk Afghan dan warga asing.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo menggesa para hadirin supaya membebaskan tahanan, menjanjikan bantuan sekiranya negara itu meneruskan dengan usaha perdamaian.

“Kami mengakui pembebasan tahanan berkenaan adalah tidak popular,” kata Pompeo dalam satu kenyataan.

“Namun tindakan sukar ini akan membawa kepada keputusan penting yang lama dinanti-nantikan oleh penduduk Afghan dan sahabat Afghanistan: pengurangan keganasan dan rundingan langsung yang membawa kepada perjanjian perdamaian serta berakhirnya peperangan.

Nasib tahanan adalah isu penting dalam menentukan bila rundingan perdamaian di antara Taliban dan kerajaan Kabul mungkin bermula, memandangkan kedua-dua negara telah komited untuk menamatkan tukaran tahanan sebelum rundingan.

Sementara Kabul telah membebaskan hampir 5,000 tahanan Taliban, pihak berkuasa keberatan membebaskan 400 lagi seperti yang dituntut oleh Taliban. Menurut senarai rasmi tahanan Taliban yang dilihat oleh AFP, kebanyakan mereka dituduh melaku kesalahan serius, dengan lebih 150 dihukum mati.

Kira-kira 3,200 orang kenamaan dijangka menyertai perhimpunan hari ini, beritahu jurucakap loya jirga Jahanzaib Sharifi kepada AFP. – AFP

Presiden Afghan Ashraf Ghani (tengah) menghadiri mesyuarat Loya Jirga di Kabul, Afghanistan kelmarin. – AP