Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Nasib 7 pencuri diketahui 25 Jan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Nasib tujuh orang lelaki tempatan akan diketahui tidak lama lagi berikutan pengakuan bersalah mereka kelmarin terhadap pertuduhan memecah masuk rumah, melakukan pencurian dan khianat.

    Hakim Mahkamah Perantaraan Pengiran Masni Pengiran Haji Bahar telah menetapkan tarikh 25 Januari depan untuk pihak pendakwaan mengemukakan hukuman.

    Pertuduhan membawa hukuman penjara yang panjang berserta sebatan yang akan dihadapi oleh Awangku Abdul Malik Pengiran Idrus, 28; Muhammad Irwin Omar, 41; Muhammad Nazeerul Azim Zoelaliffin, 28; Abdul Hafiz Adam, 25; Mohammad Hairul Faizal Haji Taim, 38; Mohd Zul Eqram Haji Asmad, 39 dan Muhammad Nur Syazwan Suhaili, 34.

    Pendakwa Raya Ahmad Firdaus Mohammad mendedahkan kumpulan pencuri itu telah menyasar beberapa buah rumah, sekolah, tapak pekerja binaan, tapak sisa dan stesen jana kuasa menyebabkan gangguan kepada UNN dan Syarikat Tenaga Berakas.

    Mahkamah selanjutnya dimaklumkan bahawa mereka melakukan pecah rumah untuk mencuri harta benda dan merosakkan harta benda yang menyebabkan gangguan kepada penyediaan perkhidmatan utama.

    Kejadian berlaku di Berakas, Meragang, Bukit Shahbandar, Jerudong dan Bebatik Kulapis antara bulan April dan November 2021.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...