Tuesday, October 8, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasib dua pencuri diketahui 7 Februari

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Dua lelaki tempatan yang disabit atas kesalahan mencuri akan mengetahui nasibnya pada 7 Februari di Mahkamah Majistret.

    Majistret Pengiran Shahyzul Khairuddien bin Pengiran Haji Abdul Rahman menetapkan tarikh itu terhadap Arman bin Haji Aban, 35, dan Alidin bin Ahmad, 33 tahun.

    Kedua-dua tertuduh didapati bersalah atas pertuduhan mencuri pemampat jet air milik BNG (B) Sendirian Berhad di tapak pembinaan Jambatan Sungai Kebun.

    Arman juga disabit dengan kesalahan mencuri mesin kimpalan, tangga aluminium, tukul, alat pemadan api, rantai blok Toho dan enam keping papan milik BNG (B) Sendirian Berhad.

    Kedua-dua mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara Mac dan April 2016 di kawasan tapak pembinaan tersebut dan didakwa di bawah Seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang memperuntukkan penjara sehingga tiga tahun, atau dengan denda, atau kedua-duanya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda