Nasib Giampaolo kini di hujung tanduk

MILAN, 8 OKT – AC Milan dijangka memecat jurulatih Marco Giampaolo selepas permulaan teruk musim ini, menurut beberapa laporan media Itali hari ini.

Bekas gergasi Eropah itu kini berada di kedudukan ke-13 dalam Serie A, tiga mata di atas zon penyingkiran.

Giampaolo, 52, menggantikan Gennaro Gattuso semasa musim panas, namun bekas bos Sampdoria itu telah mengalami empat kekalahan dari tujuh perlawanan, termasuk kekalahan 2-0 kepada pesaing bandar, Inter Milan.

Milan kemudian tewas dua kali lagi menentang Torino dan Fiorentina sebelum kemenangan 2-1 di Genoa.

Bekas jurulatih Inter Milan, Luciano Spalletti menjadi pilihan pertama juara Itali sebanyak 18 kali itu bagi menggantikan Guampaolo, menurut Gazzetta Dello Sport dan Sky Sport Italia.

AC Milan berada di kedudukan kelima musim lepas, namun kehilangan tempat mereka dalam Liga Europa selepas menerima pengharaman Eropah kerana melanggar peraturan kewangan adil. – AFP