Nasib keluarga di negara jiran

Baru-baru ini saya mendapati satu post di salah satu forum di laman media sosial Facebook yang menyatakan kesusahan mereka yang berada di Limbang, Sarawak untuk berjumpa dengan suami, anak atau ahli keluarga di Brunei.

Ini kerana penutupan pos kawalan di Kuala Lurah yang menghalang mereka berjumpa dengan ahli keluarga yang berada di Brunei dan menyukarkan pemberian wang saku atau mengirimkan barang.

Menurut pencurhat, mereka di Limbang tidak memiliki sebarang pekerjaan dan hanya mengharapkan suami atau ahli keluarga bekerja di Brunei. Pencurhat, meminta agar pihak tertentu memberikan kelonggaran untuk menemui suami atau ahli keluarga mereka walau hanya sekejap atau mengamalkan penjarakan sosial.

Simpati