Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    Nasib kurang menyebelahi Skuad Tabuan Muda

    Oleh Fadhil Yunus – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Pasukan kebangsaan bawah 23 (B23) Brunei Darussalam menamatkan kempen mereka dalam Kelayakan Piala Asia B23 Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Qatar 2024 dengan kekalahan 3-0 kepada Oman di Stadium Prince Mohammad di Zarqa City, kelmarin.

    Keputusan itu menandakan kekalahan ketiga berturut-turut Tabuan Muda dalam peringkat kumpulan setelah gagal mencatatkan sebarang gol.

    Ia juga mengakhiri perlawanan antarabangsa mereka tahun ini yang menyaksikan rentetan tujuh kekalahan berturut-turut dan hanya menjaringkan satu gol yang dihasilkan oleh Wafiq Danish Hasimulabdillah.

    Oman yang jauh lebih unggul hanya mengambil masa lima minit untuk membuka jaringan selepas Nibras Al-Maashari menanduk masuk bola hasil hantaran lintang berdekatan gawang.

    Pasukan Brunei dibolosi lagi tiga minit kemudian apabila Salem Al-Abdulsalam yang tidak dikawal menyudahkan bola dengan mudah menewaskan penjaga gawang pasukan Tabuan Muda selepas menerima hantaran lintang daripada Mamoon Said Al-Araimi.

    Aksi pemain B23 Brunei dan Oman semasa perlawanan berkenaan. – Gambar serahan AFC

    Tabuan Muda, yang dibimbing oleh Atsushi Hanita, semakin bimbang apabila Mamoon menambah nama ke dalam senarai penjaring pada minit ke-10.

    Jaringan tersebut sekali gus menyempurnakan kemenangan buat Oman dan skuad Brunei mengelak daripada tewas teruk selepas sebelum ini dibenam 9-0 di tangan Jordan dan dibelasah 11-0 kepada Syria.

    Hanya 10 pemenang peringkat kumpulan dan empat pasukan naib juara terbaik layak ke undian utama di mana mereka akan disertai oleh pasukan tuan rumah kejohanan, Qatar.
    Empat pasukan daripada Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) iaitu Vietnam, Thailand, Malaysia, dan Australia akan mewakili dalam pertandingan benua yang paling berprestij di peringkat B23.

    Arab Saudi merupakan juara bertahan selepas menewaskan Uzbekistan 2-0 dalam perlawanan akhir di Stadium Milliy di Tashkent tahun lalu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...