Nasib lelaki AS bakal diketahui pada 24 Jun

HANOI, 11 JUN – Seorang lelaki Vietnam-Amerika didakwa atas kesalahan ‘cuba untuk menggulingkan kerajaan’ akan menjalani perbicaraan di Bandar Ho Chi Minh pada 24 Jun, kata keluarganya, dan boleh berdepan hukuman mati jika didapati bersalah.

Michael Nguyen telah ditahan selama hampir satu tahun di negeri komunis satu parti itu, yang telah mengukuhkan kuasanya sejak pentadbiran baharu berkuat kuasa pada 2016 dan mengambil tindakan keras ke atas mana-mana penentang.

Hampir 130 banduan tidak bersalah pada masa ini dipenjara di negara itu, di mana media bebas ditegah dan bantahan diharamkan.

Nguyen ditahan Julai lalu semasa mengadakan perjalanan bersama dua aktivis dalam satu lawatan ke Vietnam. – AFP