Tuesday, February 18, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Nasib malang Murray berterusan

    MADRID, 12 Mei – Rentak hambar pemain nombor satu dunia, Andy Murray (gambar) berterusan ketika dia tersingkir dalam pusingan ketiga Madrid Masters 6-3, 6-3 kepada Borna Coric semalam.

    Rafael Nadal melanjutkan rekod sempurnanya di permukaan gelanggang tanah liat musim ini kepada 12-0 dengan menewaskan Nick Kyrgios 6-3, 6-1.

    Dan juara bertahan, Novak Djokovic juga mara ke suku akhir dengan kemenangan 6-4, 7-5 ke atas Feliciano Lopez.

    Coric diserahkan reprief lewat untuk memasuki undian di Madrid selepas tewas dalam pusingan kelayakan kepada Mikhail Kukushkin.

    “Selepas satu perlawanan kelayakan di mana saya tewas dan saya menempah tiket penerbangan pulang,” kata Coric.

    “Saya tidak dapat membayangkan perkara ini apabila saya bangun pagi ini, saya selalu percaya tetapi saya tidak pasti bagaimana saya akan beraksi.

    “Pada akhirnya saya beraksi seperti yang saya impikan.”

    Bagaimanapun, Murray jelas kecewa ketika dia ditewaskan oleh pemain dari Croatia yang berusia 20 tahun itu, bagi kali kedua dalam empat pertemuan kedua pemain tersebut.

    “Saya tidak membantu diri saya mencari cara untuk mula beraksi lebih baik,” kata Murray.

    “Saya memikirkan saya perlu merasa bimbang pada hari ini.

    “Ia bukannya selalu perkara buruk untuk tewas dalam satu perlawanan, tetapi kadangkala kedudukan bagaimana anda tewas dalam perlawanan adalah yang perlu dibimbangkan atau dikecewakan.”

    Coric mematahkan servis Murray sebanyak tiga kali pada set pertama di bawah bumbung di gelanggang Manolo Santana kerana hujan di ibu negara Sepanyol.

    Dan servis hambar dari juara Wimbledon dalam perlawanan itu menjejaskannya pada set kedua ketika Coric memuktamadkan perlawanan itu untuk menempah pertemuan suku akhir menentang Dominic Thiem. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda