Nasib penumpang menaiki kereta api di lembah konflik

THAILAND – Bagi kebanyakan penumpang yang menaiki kereta api dari bandar Thai, Hat Yai ke Sungai Kolok pada pukul 12.33 tengah hari akan sentiasa diancam dengan pelbagai situasi kecemasan yang mampu mengancam nyawa mereka.

Sehingga kini, kereta api itu merentas kawasan yang dipenuhi dengan pemberontakan yang dikenali sebagai ‘Deep South’ dan telah diletupkan sebanyak tiga kali oleh para pemberontak di kawasan tersebut.

Pemberontak ini berazam untuk menunjukkan perintah dan undang-undang kerajaan Thailand tidak akan berjalan di kawasan mereka dan perkara itu menyebabkan ketakutan dan rasa tidak selamat bagi kebanyakan penumpang yang menggunakan kereta api tersebut untuk ke kampung masing-masing.

“Saya sebenarnya takut dan tidak ada sesiapa yang tahu apa yang akan terjadi terhadap kereta api ini. Kami tidak ada pilihan selain menggunakan kereta api ini untuk membuat perjalanan dari sebuah kampung ke sebuah kampung. Setiap kali, saya menaiki kereta api ini, saya akan tidur di sepanjang perjalanan dan bangun di stesen, itu sudah menggembirakan hati saya,” kata seorang penumpang yang dikenali sebagai Kak Yoh kepada wartawan AFP.

Pada 3 September yang lalu, satu letupan telah berlaku dan menyebabkan kerosakan di belakang kereta api tersebut dan telah membunuh seorang pegawai kereta api tersebut dan mencederakan dua penumpang yang lain.

Pihak kerajaan Thailand turut mengarahkan beberapa pasukan tentera untuk menjaga keamanan dan keselamatan kereta api itu dan dilengkapi dengan senjata-senjata hidup. – AFP
Pihak kerajaan Thailand turut mengarahkan beberapa pasukan tentera untuk menjaga keamanan dan keselamatan kereta api itu dan dilengkapi dengan senjata-senjata hidup. – AFP
Buat masa ini, penduduk Islam tempatan di kawasan tersebut akan sentiasa diselubungi dengan rasa takut namun masih diapit oleh pasukan keselamatan Thailand dalam menjaga keselamatan penduduk ini. – AFP
Buat masa ini, penduduk Islam tempatan di kawasan tersebut akan sentiasa diselubungi dengan rasa takut namun masih diapit oleh pasukan keselamatan Thailand dalam menjaga keselamatan penduduk ini. – AFP

Laluan kereta api ini melalui kawasan Pattani, Yala dan Narathiwat iaitu wilayah di mana penduduknya terdiri daripada penduduk Muslim dan wilayah yang pernah dijajah oleh Buddha iaitu penduduk majoriti di Thailand pada satu abad yang lalu.

Sehingga ke hari ini, sekitar 6,800 penduduk telah terbunuh setelah 13 tahun pemberontakan itu terjadi yang mengancam sistem pentadbiran kerajaan Thailand yang cuba untuk mengepung budaya Melayu Islam tempatan yang bermastautin di wilayah-wilayah ini.

Majoriti mangsa-mangsa yang terkorban adalah orang awam malah isu mengenai pemberontakan ini masih jauh dari menerima liputan pelbagai berita utama antarabangsa.

Namun satu usaha rundingan damai telah diadakan pada minggu lepas secara rahsia bagi menghidupkan kembali perbincangan mengenai ‘Zon Selamat’ untuk orang awam namun untuk meraih kedamaian masih lagi jauh untuk dicapai.

Tidak dapat menghentikan serangan bom

Kereta api ini akan melalui satu pemandangan landskap yang begitu indah dihiasi dengan pemandangan gunung-gunung yang tinggi dan ladang-ladang getah.

Kebanyakan penumpang terdiri daripada penduduk Islam Thailand. Bagi para penumpang, tiket untuk menaiki kereta api itu ialah AS$1 dan melalui kawasan sempadan Malaysia. Cara ini adalah yang paling murah untuk melalui kawasan yang berbahaya itu.

Namun bagi para pemberontak, kebanyakan mereka menamakan diri mereka sebagai ‘Juwae’ atau pejuang kebebasan.

Pemberontak ini menyasarkan satu sasaran yang mudah iaitu terhadap sistem pentadbiran negara itu yang dimonopoli oleh penganut Buddha di Thailand.

Namun pihak kerajaan Thailand tetap berazam untuk meneruskan perjalanan kereta api itu bagi kemudahan penduduk yang lain.

Pihak kerajaan Thailand turut mengarahkan beberapa pasukan tentera untuk menjaga keamanan dan keselamatan kereta api itu dan dilengkapi dengan senjata-senjata hidup.

Pihak kerajaan Thailand tetap berazam untuk meneruskan perjalanan kereta api itu bagi kemudahan penduduk yang lain. – AFP
Pihak kerajaan Thailand tetap berazam untuk meneruskan perjalanan kereta api itu bagi kemudahan penduduk yang lain. – AFP

“Setiap kali ada serangan, ia merupakan satu masalah yang besar buat kami dan kami nekad untuk menjaga keselamatan penumpang-penumpang di dalam kereta api ini,” kata salah seorang tentera sukarelawan yang telah bertugas di wilayah itu untuk beberapa tahun kepada wartawan AFP.

“Tiada siapa yang berupaya untuk menghentikan serangan bom itu,” tambah sukarelawan itu kepada wartawan AFP.

Serangan yang berlaku pada 3 September yang lalu telah dirancang lebih awal oleh para pemberontak. Sel militan telah ditanam dan diletakkan berdekatan dengan laluan kereta api tersebut.

Para pemberontak akan menanti untuk ketibaan kereta api ini. “Dengan serangan terhadap kereta api itu, sebenarnya membawa penderitaan lagi kepada rakyat biasa,” kata Kolonel Pramote Prom-In, jurucakap Tentera Thailand di wilayah Selatan Thailand.

Pihak berkuasa kereta api tersebut berkata bahawa jumlah sebenar serangan daripada pihak pemberontak yang telah meletus pada tahun 2004 adalah dirahsiakan namun beberapa laporan media mengatakan bahawa berpuluh-puluh kali serangan pemberontak telah berlaku terhadap kereta api tersebut. “Pemisah ini cuba untuk melakukan apa sahaja yang mereka rasakan boleh dilakukan untuk memusnahkan simbol, ekonomi dan kredibiliti kerajaan Thailand,” tambah Pramote lagi kepada wartawan AFP.

Keamanan yang palsu

Setakat ini, mereka masih menguasai dan melaksanakan perjuangan mereka di ‘Deep South’ dan memberi ruang paling jarak antara pentadbiran Thailand terhadap konflik yang berlaku.

Namun pada bulan Ogos yang lalu memperlihatkan satu lagi tragedi menyedihkan. Empat rakyat Thailand telah terkorban dalam satu siri letupan yang dilakukan di bandar-bandar kecil termasuk di kawasan peranginan Phuket dan Hua Hin.

Namun para pemberontak tidak bertanggungjawab terhadap serangan itu malah mendakwa pihak kerajaan Thailand memandang ringan situasi itu dan sekali gus mengaitkannya dengan serangan daripada pemberontak.

Buat masa ini, penduduk Islam tempatan di kawasan tersebut akan sentiasa diselubungi dengan rasa takut namun masih diapit oleh pasukan keselamatan Thailand dalam menjaga keselamatan penduduk ini. – AFP