Tuesday, October 4, 2022
26.2 C
Brunei

Nasib PM Thailand diputuskan 30 September

-

BANGKOK, 14 SEPT – Mahkamah Perlembagaan Thailand, hari ini, menyatakan bahawa ia akan mengumumkan sama ada Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha yang digantung tugas patut disingkirkan daripada jawatannya, pada 30 September.

Bekas ketua tentera itu, yang memegang kuasa dalam ramapasan tentera 2014, digantung kerja bulan lalu sementara mahkamah tersebut meneliti tuntutan undang-undang yang mempertikaikan bahawa beliau telah mencapai had penggalnya sebagai perdana menteri.

Dalam satu kenyataan, mahkamah tersebut menyatakan bahawa ia akan mengumumkan keputusannya pada 30 September pukul 3 petang waktu setempat. – AFP

Gambar fail bertarikh 17 Ogos 2022 menunjukkan Perdana Menteri Prayut Chan-O-Cha berucap pada satu acara penganugerah di Bangkok. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -