Nasib terbuka AS bulan Jun

NEW YORK, 17 APRIL – Penganjur Terbuka AS berkata kelmarin bahawa mereka merancang untuk meneruskan kejohanan GrandSlams seperti yang dijadualkan dan kejohanan tanpa kehadiran peminat adalah sesuatu ‘kemungkinan besar’.

Ketua eksekutif Persatuan Tenis Amerika Syarikat, Mike Dowse berkata tiada keputusan yang telah dibuat dan keputusan akhir mengenai nasib kejohanan akan dibuat pada bulan Jun tetapi mereka masih berharap supaya peminat boleh menyaksikan kejohanan itu.

“Bermain tanpa penonton, kami belum membuat keputusan. Tetapi sekarang ini ia adalah senario yang besar kemungkinan berlaku,” kata Dowse.

“Itu bukan semangat untuk meraikan tenis.”

Dowse memberikan komen selepas gelanggang indoor pusat Tenis Kebangsaan di New York telah digunakan sebagai kemudahan hospital sementara untuk merawat mereka yang dijangkiti oleh pandemik koronavirus.

Penganjur Terbuka AS berkata kejohanan GrandSlams akan diteruskan seperti yang dijadualkan dan kejohanan tanpa kehadiran peminat adalah sesuatu yang tidak mustahil. – AFP

Dengan gelanggang indoor tenis telah dijadikan sebagai zon hospital, Stadium Louis Armstrong telah ditukar kepada tempat penyediaan makanan untuk pesakit, sukarelawan dan kawasan sekolah untuk kanak-kanak.

New York kekal menjadi tempat yang paling teruk terjejas di Amerika dengan lebih 31,000 orang terkorban , termasuk 10,800 di bandar New York.

Lebih dari 640,000 rakyat AS telah dijangkiti oleh COVID-19.

Dowse berkata mereka sedang berhubung dengan berpuluh-puluh orang doktor dan akan meminta nasihat mereka untuk mengambil langkah seterusnya.

“Kami sangat bertuah bahawa kita hanya tinggal dengan empat GrandSlams, jadi masa menyebelahi kita pada masa ini,” kata Dowse. “Secara jelas cita-cita kita adalah untuk mengadakan kejohanan ini.”

“Dengan menyatakan sedemikian, ia tidak akan menjadi faktor pendorong. Faktor pendorong adalah kesihatan dan kebajikan pemain-pemain, peminat dan kakitangan kami.”

Dowse berkata mereka mempunyai masa untuk menerima nasihat dari pakar perubatan sebelum mereka mengambil keputusan akhir.

“Kami sedang melihat rangka masa bulan Jun untuk membuat keputusan. Kami akan melakukannya selepas menerima nasihat dari kumpulan perubatan. Kami mempunyai lima atau enam orang doktor yang kami menerima konsultasi.

“Menurut informasi kami akan membuat keputusan jika ia adalah selamat untuk mengadakan kejohanan atau tidak,” katanya. – AFP