Thursday, April 18, 2024
28.5 C
Brunei

    -

    Nasib tidak berpihak kepada Royal Bees

    Oleh Fadhil Yunus

    SINGAPURA, 7 SEPT – Pasukan bola jaring Negara Brunei Darussalam memulakan pusingan kedua Kumpulan F dengan kekalahan 40-37 menentang Filipina dalam Kejohanan Bola Jaring Asia 2022 di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura di Singapura semalam.

    Pasukan Brunei, juga dikenali sebagai Royal Bees, mempamerkan permainan yang bersemangat tinggi terutamanya pada suku keempat, tetapi akhirnya gagal apabila pesaing serantau mereka memperoleh kemenangan kedua berturut-turut dalam kumpulan.

    Royal Bees yang berwajah baharu, memulakan suku keempat dengan penuh semangat apabila memperoleh dua mata berturut-turut, membantu mengurangkan kelebihan Filipina, tetapi lawan mereka bertindak balas dengan pantas untuk kekal mengawal permainan.

    Pasangan penyerang Brunei membentuk gandingan yang baik dan berjaya merapatkan jurang berikutan gerakan yang membawa kepada perubahan corak permainan.

    Pasukan Filipina terus melebarkan jurang, dengan penjaring mereka mempamerkan satu lagi penyudah klinikal ketika Brunei berusaha untuk merapatkan mata.

    Dengan pemain pertahanan Filipina dihukum akibat kekasaran, hantaran penalti disudahkan dengan satu mata apabila Brunei mengurangkan jurang kepada empat mata dengan baki masa hanya tinggal lima minit.

    Pemain Brunei terus menunjukkan penguasaan bola yang baik, dan berjaya memanfaatkan peluang yang ada memisahkan antara kedua-dua pasukan dengan perbezaan tiga mata dengan masa hanya berbaki tiga minit.

    Dalam minit akhir permainan, penjaga gol Filipina memberikan tindak balas yang sangat baik untuk menghalang pasukan Brunei menambah mata bagi merapatkan jurang dengan perbezaan dua mata.

    Pasukan Royal Bees akan meneruskan kempen mereka menentang Maldives esok.

    Aksi pemain Royal Bees (kiri) semasa perlawanan menentang Filipina di Kejohanan Bola Jaring Asia di Arena OCBC, Hab Sukan Singapura, Singapura baru-baru ini. – Gambar serahan Bola Jaring Singapura
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...