Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Nasib tidak menyebelahi Timberwolves

    MEMPHIS, TENNESSEE, 20 APRIL – Ja Morant, pemain All-Star telah menjaringkan 23 mata, memberikan 10 assist dan meraih sembilan rebound ketika Grizzlies kelihatan beraksi sebagai satu pasukan yang mencatatkan rekod kedua terbaik NBA, menewaskan Minnesota Timberwolves 124-96 pada malam kelmarin untuk menambah lagi kedudukan mereka.

    Morant kembali ke bangku simpanan apabila perlawanan berbaki 4:40 dan rakan sepasukannya memberitahu betapa hampirnya dia mendapatkan triple-double. “Ia bagus untuk meraih kemenangan tersebut,” kata Morant. “Jelas sekali, awda tahu jika awda mendapatkan triple-double, sukar untuk melakukannya di liga ini tetapi kemenangan adalah perkara yang penting dan kami berjaya mendapatkannya.”

    Jurulatih Memphis, Taylor Jenkins berkata Morant telah menunjukkan keseimbangan yang hebat bersama ahli pasukan dalam mengatasi Minnesota 60-43 dan pertahanan yang menyemarakkan serangan.

    Desmond Bane dan Jaren Jackson Jr, masing-masing menambah 16 mata dengan Jackson menjaringkan empat daripada tujuh daripada jaringan three-point. Tujuh pemain Grizzlies berakhir dengan dua mata dengan Brandon Clarke, Xavier Tillman Sr dan Ziaire Williams masing-masing memperoleh 13 mata, Tyus Jones pula menambah 10 mata.

    Sementara itu, Anthony Edwards yang menjaringkan 36 mata dalam penampilan pertama playoff dalam Perlawanan 1, mendahului Minnesota dengan 20 mata. Karl-Anthony Towns memperoleh 15 mata dan 11 rebound. Naz Reid dan Taurean Prince, pemain dari bangku simpanan masing-masing mencatat 12 mata dan D’Angelo Russell menambah 11 mata.

    Pasukan Timberwolves menguasai perlawanan siri pembukaan selepas menjaringkan mata dengan rekod francais 41 mata pada suku pertama perlawanan. – AP

    Aksi Desmond Bane semasa membuat jaringan dalam perlawanan menentang Minnesota Timberwolves pada separuh masa pertama NBA, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...